Ini rupanya teknik ‘bayangan’ yang warga Singapura guna untuk isi RON95

Ini rupanya teknik ‘bayangan’ yang warga Singapura guna untuk isi RON95.Warga Si­ngapura yang ‘menikmati’ hak rakyat negara ini dikesan menggunakan kad kredit atau debit ketika pembayaran untuk mengisi minyak khususnya petrol RON95.

Kemudahan teknologi itu digunakan sebaik mungkin kerana tindakan itu sukar dikesan selain mereka mengambil kesempatan pada waktu puncak terutamanya semasa pelanggan ramai.

Menurut seorang pekerja warga asing di sebuah stesen minyak di Johor Bahru yang mahu dikenali sebagai Mohamad, 34, berkata, kebanyakan warga Singapura yang mengambil kesempatan akan membuat pembayaran di pam minyak.

Ia didedahkan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam bagi merujuk isu tular diperkatakan orang ramai ketika ini.

“Setakat ini, kita sudah menerima lima aduan mengenai insiden melibatkan kereta plat negara jiran (mengisi RON95), tetapi dua stesen minyak dalam proses siasatan lanjut sebelum tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena persiapan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penguat Kuasa kementerian itu di sini hari ini.

Baru-baru ini orang ramai berkongsi gambar dan meluahkan kemarahan berhubung tindakan pemandu kereta plat negara jiran mengisi petrol RON95.

Ia susulan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura bermula pada Jumaat lalu selaras tempoh fasa peralihan endemik.

RON95 diberikan subsidi oleh kerajaan untuk rakyat negara ini pada harga RM2.05 seliter menjadikan Malaysia negara ke-11 yang paling murah di dunia.

Di Singapura, petrol jenis itu dijual mengikut harga pasaran semasa iaitu S$3.02 (RM9.37) selain dikenakan cukai minyak oleh pemerintah republik berkenaan.

TONTON:

BACA:

Resipi air mango dessert khas untuk buka puasa, kecur air liur tengok..

KWSP beri amaran jangan kongsi status pengeluaran khas di media sosial, ini sebabnya..

Kecoh isu pensyarah UiTM, ini sejarah perjuangan mahasiswa naiktaraf dari ITM