Ini rupanya rahsia jenama ‘Gesek cap lada’ ini bertahan 89 tahun lamanya

Oleh MHDAILY

Ini rupanya rahsia jenama ‘Gesek cap lada’ ini bertahan 89 tahun lamanya. Sejak 89 tahun yang lalu, pengeluaran ‘gesek’ Cap Lada Kelantan Match Factory di Sungai Keladi di sini tidak pernah berhenti, semuanya demi memenuhi permintaan peminat setianya yang sudah biasa menggunakan produk tersebut dalam kehidupan harian.

Penyelia Kelantan Match Factory Mahmod Mohd Nor, 85, berkata mancis atau gesek dalam dialek Kelantan kekal relevan kerana masih digunakan untuk membakar sampah, menyalakan rokok, menghidupkan kayu api dan sebagainya.

Bercakap kepada Bernama, Mahmod mengakui biarpun ketika ini orang ramai lebih selesa menggunakan pemetik api, nilai sentimental yang ada pada gesek menyebabkan permintaan terhadap produk hasil tangan anak Kelantan itu tidak pernah putus.

Baca Artikel Penuh