Ini rupanya perangai sebenar kaki travel, “najis berterabur!” – dedah pekerja hotel

Ini rupanya perangai sebenar kaki travel najis berterabur dedah pekerja hotel

Ini rupanya perangai sebenar kaki travel, “najis berterabur!” – dedah pekerja hotel. Nampaknya ramai yang menjadikan alasan ‘dah bayar servis perkhidmatan’ sebagai lesen untuk meninggalkan tempat penginapan atau hotel dalam keadaan kotor. Ditambah lagi sekarang ini tengah musim cuti persekolahan, banyak masa ‘housekeeping’ terbuang hanya untuk membersihkan sebuah bilik.

Seperti satu luahan yang ditinggalkan di ruangan ‘review’ sebuah hotel, seorang pekerja yang berkhidmat di bahagian pembersihan meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia terutama kaki travel yang banyak menyukarkan urusan harian mereka.

Individu berkenaan mendedahkan sudah banyak kali berhadapan dengan bilik yang ditinggalkan pelanggan berada dalam keadaan sangat kotor dan sampah berterabur.

Selain merasa terkilan, individu tersebut memberitahu bahawa sikap tidak bertanggungjawab itulah yang membebankan lagi pekerjaan mereka. Daripada hanya 30 minit masa diperlukan untuk proses pembersihan, mereka terpaksa menghabiskan lebih 1 jam untuk mengemas segala sampah yang ditinggalkan.

Lebih menimbulkan rasa geram apabila ada sesetengah pelanggan yang sengaja mengotorkan ruang bilik itu dengan air yang dibiarkan membasahi lantai bilik, bedak melekat di atas karpet dan ada kes sehingga najis berterabur terkeluar dari pampers.

Ini rupanya perangai sebenar kaki travel, "najis berterabur!" - dedah pekerja hotel

“Hai saya tak ada nk review apa-apa tapi sebagai pekerja housekeeping hotel bertaraf 4 bintang ingin meluah..kadang terkilan bila buka bilik kemain sepah, ada air banjir atas karpet. Dalam blik air tak payah ceritalah. Bedak berterabur tompok-tompok atas karpet.

“Saya faham sebab saya pon punya anak tapi kami housekeeping penat juga. Sedih ada tahi berterabur lah terkeluar dari pampers. Ya Allah kami dah lah kejar masa sehari nak buat 20 bilik. Ni hadap bilik tu je dekat sejam, memang kena over time je..

“OT tak apa tapi anak kecil kat rumah. Kalau bilik bersih pula Ya Allah seronok tengok, tinggal tukarkan cadar, basuh bilik air, sanitize dan lap je. Siap bagi tips siap-siap Ietak dekat note atas meja.

“Saya dah 8 tahun dalam industri ni ..in charge minta masuk front office pun saya tolak sebab saya enjoy buat housekeeping … tapi kepada kaki travel kadang-kadang penat juga kami nak faham..hihihi skian luahan,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan laman redaksi.com yang kemudian menarik perhatian ramai yang memberitahu mereka sudah lama mengamalkan sikap meninggalkan tempat penginapan dalam keadaan bersih.

Mereka juga menganggap, biarpun pekerja pembersihan dibayar gaji tetapi mereka tidak wajar dibebankan dengan hal-hal kecil seperti sampah merata-rata yang menyukarkan kerja mereka.

BACA:

Botol deodoran termasuk dalam punggung, doktor mengeluh tengok

“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”

Suka hati potong barisan, kereta Exco Johor kena saman

CATEGORIES