Ini rahsia buah limau kasturi tumbuh berbuah lebat

Ini rahsia buah limau kasturi tumbuh berbuah lebat

Ini rahsia buah limau kasturi tumbuh berbuah lebat. Setiap yang dilakukan semua memerlukan teknik yang betul, baru lah akan mendatangkan hasil yang lumayan. Begitu juga dengan tanaman, teknik yang betul ini ia agak subjektif, bergantung kepada pengalaman dan keadaan masa itu.

Ia bermula dengan pemilihan anak pokok yang terbaik. Nak cepat berbuah, beli anak pokok yang dihasilkan melalui kaedah tut. Pilih anak yang sihat dan subur. Kalau boleh, daripada pokok yang dah berbuah.

TIPS TANAM LIMAU KASTURI YANG SUBUR

Apabila ingin tanam di rumah, eloknya tanam dalam bekas tanaman. Contohnya petak tanaman, pasu atau tayar. Dalam tayar tu isi dengan tanah campuran buatan sendiri. Nisbah campuran yang biasa dilakukan ialah 1 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian kompos.

Kalau malas buat, beli sahaja. Bertimbun-timbun kat nursery tu. 1-2 minggu sebelum tanam, taburkan kompos tinja ayam ke dalam bekas tanaman tersebut. Kuantitinya lebih kurang 1 kg.

Ini rahsia buah limau kasturi tumbuh berbuah lebat

Selepas itu, siram dengan larutan mol ikan @ FAA dan mol batang pisang. Nisbahnya, 2 liter air + 4 ml mol ikan + 4 ml mol batang pisang. Siram habis ke atas tanah campuran itu. Jika ada, boleh campurkan sekali EM semasa siraman tadi. Tanah campuran akan jadi lagi baik, berjuta-juta mikrob nanti.

Kalau tak ada EM, boleh je guna air basuhan beras. Eloknya guna air basuhan beras kali pertama yang telah diperam selama 2-3 hari. Kadar pencairannya adalah 1 bahagian air beras + 2-3 air biasa.

Semasa hari menanam, gali lubang hingga paras tinggi polibag anak benih. Potong plastik di bahagian bawah polibag. Letakkan anak benih ke dalam lubang tadi. Tarik berhati-hati polibag hingga semuanya terpisah daripada anak benih.

Kambus anak benih hingga paras tinggi sikit daripada media asal polibag. Biasanya kambus 1 inci je lebih. Jika anak benih tu dah ada buah, buang semua buah tersebut. Jika tak buang, ia boleh merencatkan tumbesaran pokok.

Siram air dengan secukupnya. Ulang setiap 1-3 hari sekali. Eloknya siram waktu pagi.

Bila usia pokok 2 minggu lepas tanam, buat macam ini:

1. Tabur baja kompos tinja ayam sebulan sekali. Kuantitinya lebih kurang 200-300 gram.

2. Sembur dengan foliar organik setiap minggu. Guna kombinasi ini:

– Peringkat pertumbuhan:

Mol ikan (2 ml) + mol batang pisang (2 ml) + pati baja tulang (2 ml) + 1 liter air.

– Peringkat berbunga:

Mol ikan (3 ml) + mol batang pisang (3 ml) + mol buah pisang (3 ml) + pati baja kulit telur (3 ml) + 1 liter air.

– Peringkat beebuah:

Mol ikan (5 ml) + mol batang pisang (3 ml) + mol buah pisang (3 ml) + pati baja kulit telur (3 ml) + air laut (30 ml) + 1 liter air.

Semburan kabus dibuat pada daun dan sembur juga pada tanah hingga basah lencun.

3. Pembajaan subur NPK 15:15:15. Caranya, buat alur dikeliling kanopi pokok. Tabur baja lebih kurang 10-20 gram. Kambus semula. Siram secukupnya. Ulang 2 minggu sekali hingga pokok berusia 3 bulan.

4. Pembajaan buah NPK 12:12:17 bila pokok usia 4 bulan. Caranya sama macam cara nombor 3. Cuma kuantiti 20-30 gram. Ulang 2-3 minggu sekali.

BACA:

Ada RM100 pun dah boleh beli ‘King’ Myvi sekarang, tak payah buat loan dah

KWSP: Ini teknik rahsia keluar simpanan sebelum usia 55 tahun

Abang Viva jelas sebab sebenar mak ayah tak datang akad nikah, “mereka tak setuju..”

CATEGORIES