Ini penjelasan polis mengapa tahan ambulans dan benarkan konvoi PM lalu dahulu

Ini penjelasan polis mengapa tahan ambulans dan benarkan konvoi PM lalu dahulu.

Konvoi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi keutamaan sebelum ambulans ketika di persimpangan di Hulu Langat pada Ahad bagi mengelak kemalangan jalan raya, menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at.

Beliau mengulas mengenai video tular di media sosial yang memaparkan sebuah ambulans dihentikan di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri ketika meninjau kerja-kerja pembersihan buat mangsa banjir.

“Kejadian tersebut berlaku pada 26 Disember 2021 jam lebih kurang 11.30 pagi semasa rombongan Perdana Menteri dalam perjalanan bagi melihat sendiri kerja-kerja pembersihan dilaksanakan pelbagai agensi bagi membantu mangsa banjir dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat ke lokasi lain di Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16 Hulu Langat dengan diiringi oleh polis trafik,” jelasnya.

Ini penjelasan polis mengapa tahan ambulans dan benarkan konvoi PM lalu dahulu

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shariat mengulas mengenai video yang memaparkan sebuah ambulans dihentikan bagi memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri pada Ahad.

Azman berkata, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan untuk memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan.

“Anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan tersebut untuk tempoh masa yang singkat.

“Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi yang telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan,” ujar beliau.

Jelasnya, sekiranya anggota trafik di persimpangan memberi keutamaan jalan kepada kenderaan pacuan empat roda dan ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah, tindakan tersebut akan “mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya”.

Justeru, kata Azman, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira penilaian awal yang dilaksanakan oleh anggota trafik tersebut.

“Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut pada tempoh yang singkat, anggota trafik telah mengambil langkah segera bagi memberi keutamaan jalan kepada ambulans dan kenderaan pacuan 4×4 berkenaan setelah mendapati tiada risiko kemalangan berlaku,” menurut kenyataan itu lagi.

Video viral insiden terbabit sebelum ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial menerusi laman Twitter.

BACA JUGA : Panas !!! Wanita Umno gesa ambil tindakan terhadap Ismail Sabri, sudah 2 kali langgar ketetapan parti
[Video] Banjir besar 1971 menenggelamkan seluruh semenanjung Malaysia

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)