Ini panduan cara mohon bantuan elaun RM1,000 daripada PERKESO

Oleh MHDAILY

Ini panduan cara mohon bantuan elaun RM1,000 daripada PERKESO. PERKESO ada menyediakan bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekerja yang berdaftar di bawah program SIP Prihatin 2.0.

Objektif program ini ialah untuk membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat wabak pandemik Covid-19 yang masih belum hilang lagi, program ini telah diperuntukan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Bantuan SIP

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Permohonan yang lulus akan dapat Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh selama dua (2) bulan sahaja Melalui Program SIP Prihatin inI.

Elaun sebanyak RM400 secara one-off akan diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon berjaya dapat pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0
Elaun ini dinamakan sebagai Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB)

Kadar Elaun

Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut :

Ini panduan cara mohon bantuan elaun RM1,000 daripada PERKESO

Syarat Kelayakan

Permohonan bagi elaun ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakan untuk pemohon :

  • Rakyat Malaysia yang menggangur
  • Hilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)
  • Berdaftar dalam portal MyFutureJobs & aktif cari kerja
  • Hadir sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan

 

Cara Permohonan Bantuan Elaun Cari Kerja

Permohonan dibuat secara atas talian/ online dengan menggunakan aplikasi Prihatin PERKESO.

Aplikasi appstore boleh dimuat turun di Google Playstore bagi pengguna telefon pintar android dan Apple App Store bagi pengguna telefon pintar Apple.

Kemudian, daftar profil anda di Portal MyFutureJobs di https://www.myfuturejobs.gov.my 

Buat pencarian kerja, hadir temu duga dan juga kemaskini Log Aktiviti pencarian kerja anda di portal tersebut.

Sekiranya anda dapat pekerjaan melalui portal tersebut, sila kemaskini tarikh kembali bekerja dalam Aplikasi Prihatin yang anda telah muat turun supaya ia dapat memudahkan proses kelulusan untuk pembayaran elaun.

Selepas dapat kelulusan, bayaran elaun anda akan dapat secara automatik.

BACA JUGA :
Jiran berhutang, rumah aku pula kena simbah cat merah, bila call ‘along’ ini pula jawabnya…
Beri kerjasama , dapatkan dos penggalak & sokong vaksinasi untuk kanak-kanak – KJ
Michael Ang tayang cincin, bakal tamatkan status bujang?