“Ini next level punya holiday ni!”, netizen terpegun tengok Hairul sekeluarga bercuti

Oleh MHDAILY

“Ini next level punya holiday ni!”, netizen terpegun tengok Hairul sekeluarga bercuti. Percutian keluarga pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sememangnya menjadi tumpuan ramai kerana dikatakan ‘another level’ terutama menaiki helikopter menuju ke Pulau Redang pada tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut dipelawa menaiki kapal mewah milik salah seorang individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Terbaharu, perkongsian percutian mereka sekeluarga mencuri perhatian warganet sekali lagi apabila meluangkan masa bersama di Switzerland.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hairul di laman TikTok miliknya, kelihatan mereka sekeluarga sedang berseronok menaiki helikopter bagi menikmati keindahan panorama di Banjaran Alps.

“Pertama kali kami terbang keluar (bercuti di luar negara) selepas penantian tiga tahun yang panjang!Masa untuk percutian bersama keluarga dan salji akan menjadi lebih seronok!” tulisnya.

"Ini next level punya holiday ni!", netizen terpegun tengok Hairul sekeluarga bercuti

Duit boleh beli segalanya

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan keterujaan dan terpegum apabila melihat percutian mereka sekeluarga dengan mengatakan duit boleh membeli segala-galanya termasuk percutian mewah.

Hairul Azreen Sultan Pemurah ke?

Bagaimanapun, pemandangan yang ditunjukkan oleh pelakon berusia 34 tahun semasa menaiki helikopter di Banjaran Alps menimbulkan persoalan ramai. Mereka mengatakan pelakon tersebut adalah Sultan Pemurah yang tular baru-baru ini di TikTok lebih-lebih lagi memuat naik video pemandangan di lokasi yang sama.

@sultan_tiktok_legit Sultan terpaksa bagi tahu… 🥹 #fyp ♬ original sound – MAN KINABALU

BACA:

“Kuat dia peluk tu..”, aksi Emma Maembong dan Shahz Jaszle berpeluk undang kecaman

KWSP akhirnya benar pengeluaran akaun 2, ini cara mohon

Shuib batal niat ubah suai rumah lepas dapat mimpi aneh tentang Sarah