Ini lokasi paling panas di bumi, satu hidupan pun tak hidup dekat sini

Oleh MHDAILY

Ini lokasi paling panas di bumi, satu hidupan pun tak hidup dekat sini. Terdapat banyak tempat yang menarik dan masih menjadi misteri di muka bumi ini. Hal ini juga membuatkan para pengkaji berasa β€˜taksub’ untuk menerokai dengan lebih mendalam mengenai lokasi-lokasi unik.

Jauh di sebuah lokasi berhampiran sempadan antara Ethopia dan Eritrea, terbentang satu kawasan yang membuatkan anda berfikir seperti berada di sebuah planet yang berlainan kerana permukaan muka buminya yang dihiasi dengan warna hijau dan keperangan.

Gunung berapi Dallol di Danakil, Ethopia merupakan semua kawasan yang terletak kira-kira 410 kaki di bawah paras laut dan antara kawasan terendah di bumi.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Difahamkan di kawasan ini tiada sesiapa atau hidupan mikroorganisma yang mampu hidup dan mendiami kawasan tersebut.

Mengapa tidak ada yang mampu tinggal di kawasan ini? Untuk pengetahuan anda, kawasan ini menjadi kawasan yang ekstrem untuk didiami oleh mana-mana hidupan ekoran menjadi tempat paling panas di bumi.

Ini lokasi paling panas di bumi, satu hidupan pun tak hidup dekat sini

Kawah (kawasan seperti lekukan kolam) di sepanjang kawasan gunung berapi Dallol berkenaan dipenuhi dengan garam, gas bertoksik, dan air mendidih sebagai tindak balas hidroterma yang melampau, lapor CNN.

Suhu maksimum di kawasan tersebut mampu mencapai 133 darjah fahrenheit dan purata suhu tahunan pula 94 darjah fahrenheit.

Kenali Gunung Dallol

Walaupun semasa musim sejuk, suhu pada siang hari masih lagi tinggi. Jadi tidak hairan mengapa ia menjadi kawasan yang ekstrem untuk didiami oleh mana-mana hidupan.

Dalam satu kajian terbaharu Nature Ecology & Evolution turut mengukuhkan lagi perkara tersebut dengan mendedahkan bahawa tiada mahkluk yang mendiami kawasan tersebut.

Pengarang Kajian dan Ahli Biologi Pusat Penyelidikan Kebangsaan Perancis, PurificaciΓ³n LΓ³pez GarcΓ­a berkata tiada makhluk mikro dalam kolam garam, panas, hiperasid atau dalam kandungan mangnesium.

Tambah Garcia, dia menjelaskan bahawa penyebaran mikrob di kawasan tersebut hanya berlaku akibat angin dan pembawaan oleh manusia.

Difahamkan, kolam yang terbentuk itu sebenarnya telah menghalang kehidupan daripada terbentuk kerana mengandungi halangan kimia seperti persekitaan masin, berasid dan panas.

Hasil kajian dan bukti kehidupan di persekitaran melampau itu menjadi analog untuk keadaan di planet lain dalam sistem suria mahupun di luar.

Landskap yang Berwarna warni

Kenali Gunung Dallol

Dallol yang berwarna-warni mempunyai magma panas di bawah kawasan tersebut membuatkan air sekitarnya panas hingga melarut garam, potash, serta mineral laut lain di sekitarnya.

Namun apabila kawasan tersebut mengering dalam iklim yang panas, pembentukan garam terbentuk secara meluas di permukaan kawah itu. Ia menjadikan kawasan tersebut kelihatan seperti dihiasi dengan warna putih, kuning, coklat, jingga dan hijau oleh sulfur, besi terlarut dan lumpur.

Kawasan ini sangat berbahaya untuk dikunjungi oleh disebabkan permukaan tersebut termasuk gas toksik yang kadangkala dibebaskan dari kawah.

Terdahulu, kawasan gunung tersebut seringkali dikunjungi oleh pelancong dalam dekad yang lalu. Pegawai bersenjata juga ditugaskan untuk mengiringi kumpulan pelancong yang datang ke lokasi itu disebabkan risiko iklim yang ekstrem.

BACA:

Intan Ladyana dah berhijrah? Ramai puji manis bertudung

Amiruddin jawab Azmin, β€˜prestasi Selangor meningkat selepas kamu tak jadi MB’

Caprice β€˜belasah’ Cikgu Fadli, β€œbaru femes sikit dah sombong”