Ini kisah gelap di sebalik karya animasi popular yang ramai tak tahu, cerita asal Pinocchio lagi kejam!

Oleh MHDAILY

Ini kisah gelap di sebalik karya animasi popular yang ramai tak tahu, cerita asal Pinocchio lagi kejam!

EJAK sekian lama, kanak-kanak sering dihidangkan dengan pelbagai kartun atau kisah animasi seperti Cinderella, Snow White, Peter Pan dan Mickey Mouse.

Tidak dinafikan kesemua cerita tersebut mendominasi minda kanak-kanak sejak berabad lamanya sehingga ke hari ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ini kisah gelap di sebalik karya animasi popular yang ramai tak tahu, cerita asal Pinocchio lagi kejam!

Bagaimanapun sebilangan daripada kisah tersebut sebenarnya dihasilkan berdasarkan kisah benar.

Bukan saja itu, malah sebahagian kisah dongeng tersebut turut dioleh semula daripada cerita asal yang penuh dengan ‘rahsia’ gelap.

Jom ketahui ‘sisi gelap’ di sebalik kisah kartun terkenal antarabangsa:

Diceritakan tentang seorang warga emas yang menginginkan kehadiran anak kecil dalam hidupnya.

Disebabkan itu, dia mengukir patung kayu yang dijadikan sebagai ‘bayangan’ kepada anaknya.

Kemudian pari-pari muncul dan menghidupkan patung kayu tersebut. Menariknya jika patung kayu itu menipu, hidupnya akan menjadi panjang dan makin panjang.

Namun, itu adalah kisah yang diceritakan kepada umum sejak 1940-an. Diadaptasi daripada novel bertajuk The Adventures of Pinnochio tulisan Carlo Collodi.

Apa yang dipaparkan untuk tontonan umum jelas berbeza dengan jalan cerita di novel kerana hasil tulisan Collodi banyak menceritakan tentang pembunuhan kejam. Malah beberapa plot penceritaan buku tersebut lebih mengerikan kerana memiliki banyak kekerasan dan penganiayaan.

Peter Pan merupakan watak fiksyen yang dicipta oleh penulis Scotland, J.M Barrie.

Berdasarkan cerita yang dipaparkan, Peter Pan menceritakan tentang pengembaraan seorang budak lelaki bernama Peter.

Peter digambarkan seperti pari-pari yang sentiasa berusaha membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Peter akan bersama dengan rakan pari-pari dan sekumpulan kanak-kanak digelar The Lost Boys.

Bagaimanapun, khabarnya cerita asal yang ditulis oleh penulis Peter Pan bukanlah watak seperti dipaparkan di televisyen.

Peter dikatakan dalang sebenar terhadap aktiviti penculikan kanak-kanak.

Ada juga pandangan mengatakan tulisan dalam buku tersebut diinspirasikan daripada kisah sebenar penulis itu sendiri.

Watak Peter diambil berdasarkan watak abang J.M Barrie yang meninggal dunia ketika berumur 13 tahun akibat kemalangan.

Trauma dengan kejadian itu ibu ibunya sering menganggap anaknya itu masih hidup dan tidak akan membesar.

Phineas And Ferb

Kartun ini merupakan karya animasi popular dari Amerika Syarikat tentang dua adik-beradik tiri yang gemar membina pelbagai binaan kreatif.

Bagaimanapun kakak Phineas, Candace tidak menyukai perkara yang mereka lakukan. Dia beberapa kali cuba untuk memberitahu itunya tentang apa yang dilakukan oleh adiknya namun tidak berjaya.

Biarpun sarat dengan babak lucu, namun cerita itu dipercayai mempunyai sisi gelap yang menceritakan tentang kisah benar mengenai wanita bernama Candace.

Dia dikatakan mengalami gangguan jiwa iaitu schizopherenia atau hayalan yang dicipta.

Candace dikatakan mempunyai seorang adik lelaki bernama Phineas yang mengalami kelainan fizikal dan adik tiri lelaki bernama Ferb yang mana kedua-duanya menghidap autisme dan sukar untuk bertutur.

Malangnya Phineas dibuli di sekolah sehingga mengakibatkan dia meninggal dunia.

Disebabkan terlalu sedih dan tidak boleh menerima takdir tersebut, Candace mula berimaginasi bahawa adiknya itu masih hidup.

Namun, keadaan Candace menjadi semakin parah sehinggalah dia memilih untuk menamatkan nyawanya sendiri.

Bagaimanapun ada pihak yang mengatakan itu hanya rekaan untuk melariskan siri animasi tersebut.

Snow White and Seven Dwarfs

Tanyalah mana-mana kanak-kanak perempuan, tentu mereka mengetahui kisah puteri Snow White dengan tujuh orang kerdil.

Diterbitkan sekitar 1930-an, dikatakan kisah adaptasi daripada kejadian sebenar.

Diambil daripada kisah rakyat hasil tulisan Brothers Grimm, iaitu ahli akademik Jerman.

Penceritaan kartun tersebut dikatakan sudah dioleh agar lebih bersesuaian. Berdasarkan cerita asal, buku tersebut Snow White and Other Stories itu lebih mengerikan.

Dalam buku itu, permaisuri jahat muncul di acara perkahwinan Snow White dengan putera raja.

Disebabkan marah, putera raja memaksa permaisuri jahat untuk memakai kasut besi yang dipanaskan dan memaksa permaisuri untuk menari sehinggalah dia meninggal dunia.

BACA:

Ketika alihkan longgokan batang sawit, pemandu jengkaut diserang ular sawa, kongsi kisah detik bergelut 15 minit

Berang dihina pengawal keselamatan bank, lelaki ini nekad keluarkan semua wang simpanannya