Ini ‘kerja gila’ Hodak sehingga berjaya bawa kemenangan KL City

Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak dianggap sebagai jurulatih paling gila apabila berani membawa perubahan besar dalam pasukan hingga berjaya menjulang Piala Malaysia hanya dalam tempoh setahun saja.

Perkara itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard Stephen Samuel yang melihat kreativiti dan idea dimiliki Hodak mampu mengawal situasi ‘kritikal’ termasuk memastikan pemain bebas daripada dipengaruhi anasir luar.

Stanley berkata, beliau bersama Hodak merancang membentuk pasukan mantap dalam tempoh tiga tahun dengan merangka strategi supaya Kuala Lumpur dapat menjulang piala pada 2023.

Ini 'kerja gila' Hodak sehingga berjaya bawa kemenangan KL City

Bojan Hodak

Namun, kerja gila yang dilakukan oleh Hodak dengan bertindak sebagai ahli psikologi dan pada masa sama menjaga keharmonian bilik persalinan mampu membawa kejayaan kepada pasukan dalam tempoh setahun saja.

“Hodak ini memang gila kerana pemikirannya lain dan boleh saya katakan beliau adalah jurulatih terbaik di negara ini.

“Beliau juga boleh dikatakan sebagai ‘jeneral manager’ kepada saya kerana bukan saja bertindak sebagai jurulatih namun juga pandai menggunakan pendekatan psikologi kepada pemain,” katanya.

Selain itu, Stanley yang pernah beraksi sebuah kelab profesional dari India, Sporting Clube de Goa mengakui selama 32 tahun, Kuala Lumpur dipengaruhi politik menyebabkan pasukan agak terumbang ambing.

“Semua tahu Kuala Lumpur adalah kelab politik dan saya cuba untuk menghentikan perkara terbabit. Paling penting adalah melindung bilik persalinan dan terus memastikan keharmonian antara pemain,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi, Kuala Lumpur berjaya mengahiri penantian 32 tahun bergelar juara Piala Malaysia dengan menundukkan JDT 2-0.

Gol berkenaan berjaya dijaringkan pemain sayap Kuala Lumpur, Zhafri Yahya sebelum Paulo Josue menambah derita JDT untuk jaringan kedua skuad The City Boys.

BACA JUGA : [Video] Netizen tuntut janji lelaki mahu bogel jika JDT kalah, ini yang terjadi akhirnya…
Tular video kata-kata bakar semangat Khalid Samad kepada pemain KL City
[Video] Aksi Annuar Musa ‘rampas’ trofi Piala Malaysia dari Paulo Josue bikin ramai geram

Artikel ini disiarkan pada 02/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)