Ini jumlah gaji yang diterima CEO Apple, mengejutkan…

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Apple, Tim Cook dilaporkan akan memperoleh baki AS$750 juta (RM3.14 bilion) minggu ini yang merupakan ansuran terakhir dalam perjanjian gaji yang ditanda tanganinya sedekad lalu selepas menggantikan pengasas syarikat itu, Steve Jobs, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut laporan Bloomberg, Cook akan diberikan lima juta saham Apple bernilai kira-kira AS$750 juta.

Ganjaran itu akan menambahkan lagi nilai bersih CEO itu yang ketika ini berjumlah AS$1.5 bilion (RM6.3 bilion).

Ini jumlah gaji yang diterima CEO Apple, mengejutkan...

Ganjaran itu dilaporkan akan menambah nilai semasa Tim Cook. -Getty

Sebahagian daripada bayaran itu meliputi saham Apple yang mengungguli sekurang-kurangnya dua pertiga syarikat yang berada dalam senarai indeks tenaga S&P 500 sejak tiga tahun lalu.

Menurut Bloomberg, Cook, 60, mengambil alih jawatan CEO daripada Steve Jobs pada 2011 dengan menandatangani perjanjian pembayaran lumayan termasuk bayaran saham tahun demi tahun.

Tahun lalu, Cook memperoleh gaji sebanyak AS$14.8 juta (RM62.1 juta) dan mempunyai pilihan saham bernilai AS$281 juta (RM1.19 bilion).

Pendapatan tahunan Apple meningkat lebih dua kali ganda semasa perkhidmatan Cook dan pada Disember tahun lalu, syarikat tersebut menjadi firma AS pertama yang mempunyai nilai pasaran AS$ 2 trilion (RM8.4 trilion).

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/27/ceo-apple-terima-baki-gaji-rm3-14-bilion/

BACA JUGA : PM minta setiap menteri bukti pencapaian dalam 100 hari

Artikel ini disiarkan pada 28/08/2021