Ini Jemaah Menteri paling tenang berbanding sebelum ini, kata Annuar Musa

Oleh MHDAILY

Meskipun menerima pelbagai kritikan dan datang daripada parti yang bertelagah, barisan Jemaah Menteri hari ini bekerja sebagai satu kerajaan dan “paling tenang” berbanding sebelum ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini telah membuat ketetapan untuk tidak fokus soal politik, sebaliknya menjadikan Covid-19 dan nyawa rakyat sebagai tumpuan utama.

“Kerajaan yang ada pada hari ini, meskipun pelbagai kritikan diterima saya rasa (Jemaah Menteri) ini paling tenang (berbanding) yang terdahulu,” kata beliau menurut laporan Sinar Harian.

Baca Artikel Penuh