Ini dua permasalahan isu vaksinasi di negara kita

Ini dua permasalahan isu vaksinasi di negara kita. Minta maaf saya terpaksa bawa ke Fb isu Twitter ini.

Tetapi saya betul-betul tak tahan falasi yang dibawa oleh pengguna-pengguna Twitter ini.

Perhatikan bagaimana mereka pusing permasalahan sebenar menjadi isu yang tak patut diperbahas seperti cucuk dengan air suam, Milo atau teh tarik ATAU menunggu bekalan yang tak sampai-sampai.

Memang dos yang dicucuk semalam mencecah 324,745 tetapi kita tidak sepatutnya meraikan kegagalan.

Isu sebenar yang sepatutnya kita bincangkan adalah;

Pertama; mengapa Malaysia hanya menandatangani pembelian 12.8 juta vaksin Pfizer-Biontech pada 27 November 2020?

Tidakkah pada November 2020 ini negara seperti UK & Amerika telah mula memvaksin rakyat mereka?

vaksinasi

UK dan Amerika menandatangani perjanjian dengan vaksin Astra Zeneca-Oxford seawal Mei 2020. Israel menyelesaikan pembelian vaksin Moderna pada Jun 2020. Jepun, Kesatuan EU, Kanada, Australia, Vietnam, Brazil, Kazakhstan, India, Nepal bahkan Saudi Arabia telah menyelesaikan perjanjian pembelian vaksin mereka seawal Julai 2020.

Jadi Menteri Vaksin atau pegawai mereka harus keluar menjelaskan kepada rakyat mengapa negara kita menjalankan urusan pembelian vaksin terlalu lambat?

Adakah kerana tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai % komisen atau kerana Kerajaan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjalankan proses pembelian?

Inilah punca sebenar mengapa bekalan vaksin yang sampai kepada kita terlalu lambat.

Kedua; mengapa National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) mengambil masa sehingga 120 hari untuk memutuskan bahawa sesebuah vaksin itu selamat? Krisis yang kita hadapi hari ini bukan melanda negara kita sahaja. Ianya melibatkan seluruh dunia.

Dalam masa-masa terdesak seperti hari ini, mengapa Kerajaan tidak memperakukan pembelian vaksin lain seperti Sputnik V, Moderna ataupun Johnson & Johnson? Mengapa terlalu fokus kepada bekalan Pfizer, Astra Zeneca & Sinovac sahaja?

Dua permasalahan inilah yang seharusnya kita debatkan hari ini kerana pada 30 Julai 2020, ketika DUN negeri Sabah dibubarkan negara hanya mencatatkan 124 kematian kerana pandemik ini.
Hari ini angka kematian mencecah 6067. Ini bermakna 5943 kematian tidak dapat dielakkan setelah berlakunya PRU di Sabah.

5943 nyawa ini bukan angka yang kecil.

Cuba bayangkan jika kita berjaya konsisten mencucuk 300,000 dos sehari bermula Mac atau April yang lalu – berapa banyak nyawa yang boleh kita selamatkan?

Ada orang hilang ayah, hilang ibu, ada orang hilang isteri dan suami, ada yang meninggal itu abang dan kakak yang baik.

Isu kebertanggungjawaban ini adalah isu serius, bukan isu remeh temeh seperti cucuk tangan kita dengan Milo atau Teh Tarik ya Tuan-tuan.

Dan kita harus berhenti meraikan kegagalan. Dengan kematian lebih dari 6067 hari ini, tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan kadar pemvaksinan 300,000 dos sehari ini.

Sumber:

Jika Terlepas: Malaysia bukan sebuah negara yang gagal – Menteri