“Ini dia penghasut perkauman!”- Pendakwah bebas kena kecam orang ramai

Ini dia penghasut perkauman Pendakwah bebas kena kecam orang ramai

“Ini dia penghasut perkauman!”- Pendakwah bebas kena kecam orang ramai. Tular di laman Twitter baru-baru ini di mana seorang pendakwah bebas yang juga merupakan pempengaruh media sosial di TikTok menerima kecaman warganet.

Ceramah Berbaur Sentimen Perkauman
Satu hantaran yang dimuatnaik seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai Hazmi Nabil mendapat perhatian warganet, di mana pemuda ini mendakwa penceramah yang dijemput oleh Majlis Persatuan Pelajar dari sebuah kolej tempatan memberi ceramah berbaur sentimen perkauman.

“@MPPKPMSI @KpmsiOfficial boleh jelaskan tak kenapa awak jemput penceramah yang dah BERKALI-KALI menghasut sentimen perkauman” ciapnya

via Twitter Hazmi Nabil Faisaal

Penghasut Kaum Dan Mainan Politik

Ini dia penghasut perkauman Pendakwah bebas kena kecam orang ramai
Melihat hantaran tersebut, rata-rata warganet turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terutama setelah mendengar cebisan klip video pendek ceramah tersebut.

“Influencer TikTok kepala but*h dia. Influencer hasut perkauman adalah.”

“Dah terang lagi bersuluh penceramah tu geng-geng parti politik. Dengar berhujah macam dia terpaling betul.”

“Minta YB @FadhlinaSiddiq siasat siapa yang bertanggungjawab jemput hamba Allah ni.” Ciap mereka

via Twitter Hazmi Nabil Faisaal
“Teruknya main politik macam ni.”

“Ini bukan penceramah. Ini penghasut perkauman versi TikTok.”

“Dia ni ada tauliah nak bagi ceramah?” Ciap mereka lagi

via Twitter Hazmi Nabil Faisaal


“Mereka yang mencetuskan api perkauman dan agama, tak boleh dimaafkan.”

“Mohon tindakan YB Menteri Pengajian Tinggi @KhaledNordin”

“Ustaz ke, agen sebar fitnah ni?” Ciap warganet

via Twitter Hazmi Nabil Faisaal
Melihat ciapan yang dikongsikan warganet, rata-rata ramai yang mempersoalkan kelayakan pempengaruh media sosial berkenaan dalam memberi ceramah berbaur sentimen perkauman sebegitu. Apa pandangan anda tentang isu ini?

BACA: 

Sebaris motor terbakar: ‘saya first time jumpa kes macam ni’ – abang bomba

Pelik tengok penjaga kebun suka bayar orang makan, aku cuba tiru – “tak sangka rezeki macam ni dapat!”

CATEGORIES