Ini cara wangikan kereta paling murah, tak payah beli perfume lagi

Ini cara wangikan kereta paling murah, tak payah beli perfume lagi.Nak wangikan bau kereta tak semestinya anda perlu menggunakan gel pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran. Sebenarnya ada bahan dari dapur yang lebih menjimatkan boleh anda guna untuk wangikan bau kereta.

Tidak dinafikan bau kereta yang hapak dan busuk boleh mengganggu mood pemanduan, apatah lagi jika anda memandu dalam tempoh yang lama. Oleh itu adalah penting untuk anda wangikan bau kereta agar anda lebih selesa.

Sebelum nak balik beraya ke kampung, anda boleh praktikkan tip mewangikan bau kereta seperti baru menggunakan kopi sebagaimana yang dikongsikan seorang pengguna Instagram bernama Ahmad Aizatnur Zakaria.

Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.

1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.

2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.

3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.

4. Satu sudu besar kopi Nescafe.

Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.

Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yg dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit pertahun utk membeli pewangi kereta.

BACA JUGA:

Hakim tular ‘berbogel’ dakwa wanita buat laporan palsu terhadapnya
Penduduk cemas dengan kehadiran ikan emas seberat 15kg
“Not My Problem”… Menjawablah kau dengan KKM

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)