Ini bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin

Perdana Menteri

Dua pemimpin Umno berkata, kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bukannya kerajaan PN seperti yang disifatkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS,” katanya di Facebook.

Ahmad mengulas kenyataan Muhyiddin selepas menemui Ismail hari ini yang menyatakan beliau akan terus membantu kerajaan PN.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” demikian menurut catatan Muhyiddin di Facebook.

Perdana Menteri kerajaan PN

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan berkata, jenama PN sebagai kerajaan persekutuan berakhir hari ini.

Malah katanya, BN bukannya parti komponen PN.

“Kerajaan dulu ialah gabungan BN, PN, PBS dan GPS, bukannya kerajaan PN.

“Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan PN,” katanya dalam catatan di Facebook.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/21/kerajaan-baharu-bukan-kerajaan-pn-pemimpin-umno-bidas-muhyiddin/

 

BACA JUGA :

Beri peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen

Bersatu patut dapat jawatan TPM, kata pemimpin parti itu

Panas !!! GPS minta jawatan TPM, pemimpin Bersatu buka mulut

CATEGORIES