Ini 7 orang melayu kuat meniaga terkaya dalam Malaysia, no.4 tu bapa Mizz Nina rupanya yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Ini 7 orang melayu kuat meniaga terkaya dalam Malaysia, no.4 tu bapa Mizz Nina rupanya yang ramai tak tahu.

Seringkali kita ketahui orang terkaya di Malaysia tergolong dari kalangan bangsa Cina dan India.

Bagaimana pula dengan orang Melayu sendiri ? Apakah perniagaan yang dilakukan dan berapakah jumlah kekayaan yang dimiliki ?

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ini 7 orang melayu kuat meniaga terkaya dalam Malaysia, no.4 tu bapa Mizz Nina rupanya yang ramai tak tahu

Kalau nak tahu, jom ikuti senarai 7 Orang Melayu Terkaya di Malaysia

7 Orang Melayu Terkaya di Malaysia
1. Tan Sri Syed Mokhtar Syed Al-Bukhari
orang melayu terkaya di malaysia nombor satu adalah tan sri syed mokhtar

Setakat ini belum ada lagi hartawan yang boleh menyaingi Tan Sri Syed Mokhtar Syed Al-Bukhari. Beliau digelar sebagai orang Melayu paling kaya di Malaysia dengan kekayaan mencecah RM 4.9 billion.

Menggungguli tempat ke-18 dalam senarai 50 orang terkaya di Malaysia, beliau adalah satu-satunya orang Melayu kaya yang mencapai angka billion dalam matawang Dolar Amerika iaitu US$1.2 billion.

Berbanding tokoh Melayu terkaya lain, Tan Sri Syed Mokhtar tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, sebaliknya beliau hanya berbekalkan pengalaman berdagang beras.

Beliau merupakan contoh terbaik untuk diteladani bagi yang ingin bermula membina karier dari bawah. Kini, Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai pelbagai perniagaan besar antaranya MMC Corp dan DRB HICOM.

Beliau yang juga merupakan pengerusi Yayasan Al-Bukhari adalah pemegang saham bagi syarikat-syarikat terkenal BERNAS, CSR, Gas Malaysia Berhad, Honda Malaysia, Proton, Pos Malaysia, Gardenia dan banyak lagi.

Beliau juga merupakan satu-satunya hartawan dalam senarai yang membangunkan universiti sendiri yang dinamakan Albukhary International University di tempat kelahirannya iaitu Alor Setar, Kedah.

Selain universiti, beliau juga merupakan pengasas kepada Muzium Kesenian Islam yang bertempat di Kuala Lumpur.

2. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
tan sri syed azman adalah orang melayu terkaya di malaysia yang terkenal dengan perkhidmatan helikopter

Merupakan bekas tentera ATM, ramai yang turut kagum dengan keupayaan Tan Sri Syed Azman yang mampu menjadi kaya tanpa sebarang pengalaman perniagaan.

Selepas 13 tahun bergelar tentera, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan mulakan perniagaan kereta terpakai.

Beliau sering ulang-alik dari London untuk beli kereta terpakai dan jual di Malaysia. Oleh kerana banyak waktu dihabiskan di jalan raya bagi urusan perniagaan, beliau bercadang untuk beli helikopter peribadi bagi menjimatkan masa perjalanan.

Apabila tidak menggunakan helikopter, beliau akan sewakan kepada sesiapa yang berminat. Dari situlah beliau mendapat idea untuk membuka perniagaan perkhidmatan helikopter Weststar Aviation. Syarikat yang sering menggunakan perkhidmatannya adalah Petronas CariGali, Shell dan Tullow Oil. Menurut Forbes, Tan Sri Syed Azman mengungguli tangga ke-32 daripada 50 orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan mencecah RM 2.3 billion.

3. Ahmayuddin bin Ahmad
ahmayuddin bin ahmad orang melayu terkaya di malaysia

Orang Melayu terkaya di Malaysia yang mengungguli tempat ketiga adalah Ahmayuddin bin Ahmad dengan kekayaan bernilai RM 2.5 billion. Beliau merupakan graduan dari Univerisity of Tenessee di Knoxville dan Universiti West Virginia dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Berusia 63 tahun, Ahmayuddin merupakan salah seorang pengasas bagi syarikat pelabuhan di pelabuhan Klang iaitu Westport Holdings.

Walaupun beliau bukan lagi ahli lembaga syarikat tersebut, namun beliau kekal sebagai pengarah di sana. Syarikat beliau memiliki konsesi untuk beroperasi memperluas terminal kontena di Pulau Indah dan Pelabuhan Klang yang akan berakhir pada tahun 2054.

4. Tan Sri Azman Hashim
orang melayu terkaya di malaysia tan sri azman hashim

Tan Sri Azman Hashim boleh dikatakan sebagai tokoh yang paling membanggakan dalam senarai ini. Beliau merupakan antara orang Melayu yang mendapat anugerah The Order of Australia atas jasanya berkhidmat di sana.

Beliau juga pernah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan Senior Cambridge. Keputusan cemerlang ini menjadi tiket bagi beliau untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perakaunan menerusi Colombo Plan Scholarship di Australia.

Beliau cukup terkenal sebagai pengasas AmBank Group yang ditubuhkannya sendiri bermula tahun 1976. Di samping itu, beliau juga mempunyai kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra dan RCE Capital Berhad.

Hartawan berusia 80 tahun ini dianggarkan mempunyai nilai kekayaan berjumlah RM 1.7 billion. Beliau juga tersenarai dalam 50 Orang Terkaya di Malaysia pada kedudukan ke-40.

5. Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah
orang melayu terkaya di malaysia

Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah yang berusia 54 tahun merupakan pengasas syarikat kejuruteraan minyak dan gas Serba Dinamik Holdings yang beroperasi sejak tahun 1993. Beliau merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia dalam Sarjana Muda Sastera / Sains.

Sebelum membuka syarikat Serba Dinamik, beliau bertugas sebagai jurutera penyelenggaraan namun tidak gembira dengan kerjanya kerana terpaksa banyak menghabiskan banyak masa dengan menghadiri mesyuarat.

Macam tak percaya, inilah motivasi utama beliau untuk membuka syarikat yang kini gah di mata dunia. Kini Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah mempunyai nilai kekayaan RM 1.6 billion dan tersenarai antara 50 orang paling kaya di Malaysia.

6. Datuk Abdul Kadier Sahib
orang melayu terkaya di malaysia

Asalnya merupakan pengarah syarikat kejuruteraan Serbadinamik pada tahun 1994, kini Datuk Abdul Kadier Sahib merupakan individu yang mempunyai saham kedua terbesar syarikat itu. Beliau merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam jurusan sarjana muda Sastera / Ekonomi.

Datuk Abdul Kadier Sahib yang berusia 71 tahun memiliki kekayaan sebanyak RM 1.4 billion. Kehebatan syarikat Serba Dinamik dalam bidang penyedia perkhidmatan bersepadu dipandang tinggi dan menjadi ikutan di seluruh dunia.

7. Datuk Kamaruddin Meranun

Tokoh berusia 58 tahun ini merupakan graduan dari Universiti Michigan dalam bidang Sarjana Muda Sastera / Sains dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Sebelum membuka syarikat penerbangan, beliau merupakan pengurus portfolio di bank Arab-Malaysian Merchant (AmBank).

Beliau merupakan pengasas Airasia bersama Tan Sri Tony Fernandez serta CEO Tune Group. Dalam satu temubual bersama Suhan Channel, beliau menceritakan bahawa beliau pernah ditertawakan oleh rakan-rakannya ketika ingin membuka syarikat penerbangan.

Rakan-rakannya juga berpendapat keputusannya untuk membuka syarikat penerbangan adalah kerja gila !

Siapa sangka Datuk Kamaruddin kini merupakan yang tersenarai antara 50 individu terkaya di Malaysia. Menerusi Forbes, nilai kekayaan tertinggi yang pernah beliau capai adalah sebanyak RM 1.3 billion.

7 orang Melayu terkaya ini memang patut dijadikan idola untuk kita terus berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Bukan sekadar kekayaan, malah kesungguhan tokoh-tokoh ini perlu dijadikan contoh buat semua orang Melayu untuk kekal bersaing dalam memperkasakan ekonomi negara serta bagi kemajuan diri.

BACA: 

Kecoh pendaki dari Malaysia hilang, rupanya ramai mayat pendaki Gunung Everest sebelum ini tak dibawa turun tapi kenapa?

Tengah dukung anak tiba-tiba ramai awek Turkiye datang kerumun nak tangkap gambar tapi bapa pula yang perasan lebih