Ini 5 punca utama mengapa kes Covid-19 di Selangor capai 2,000 kes sehari

Ini 5 punca utama mengapa kes Covid-19 di Selangor capai 2,000 kes sehari

Dua hari berturut-turut, negara ini digegarkan dengan berita kenaikan kes Covid-19 yang sangat membimbangkan dan Selangor mencatatkan negeri tertinggi dengan lebih 2,000 kes positif harian.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, saringan besar-besaran merupakan antara faktor penyumbang kepada kenaikan kes di Selangor, namun ia bukan satu-satunya punca pertambahan itu.

“Pertamanya, ia disebabkan oleh trend kenaikan satu dunia secara global.

“Keduanya adalah mutasi virus itu sendiri kerana terdapat banyak varian seperti India, UK dan Afrika Selatan.

“Ketiga, kelesuan pihak tertentu untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selama 16 bulan. Keempat, mungkin disebabkan pembukaan ekonomi sektor tertentu dan pematuhan SOP.

“Dan faktor kelima adalah saringan besar-besaran yang dilakukan. Ia meningkatkan bilangan kes Covid-19 di Selangor. Jadi terdapat banyak punca kenaikan,” katanya.

Beliau turut berkata, saringan secara besar-besaran atau mass testing perlu dilakukan secara berkala dan ada tindakan lanjut selepas itu bergantung kepada keupayaan kewangan negara.

“Itu satu tindakan yang bagus cuma implikasi dari segi kos bergantung kepada keupayaan negara atau negeri masing-masing.

“Kita boleh buat saringan bersasar ke tempat-tempat yang dijangkakan ada banyak kes Covid-19 kerana ia lebih kos efektif. Jika peruntukan mencukupi, boleh melakukannya secara berkala,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/139641/BERITA/Nasional/Lima-punca-Selangor-catat-lebih-2000-kes-sehari