Ini 3 sebab mengapa bekas pesakit Covid-19 akan dijangkiti kali kedua

TERDAPAT segelintir bekas pesakit Covid-19 merasakan diri mereka tidak perlu mendapatkan suntikan vaksin untuk melindungi diri daripada kerana menganggap virus itu tidak akan menjangkiti mereka buat kali kedua.

Sebenarnya pandangan itu sama sekali tidak benar sebaliknya mereka yang sudah sembuh tetap mempunyai kemungkinan untuk kembali dijangkiti.

“Terdapat banyak kes yang menunjukkan ada yang kembali dijangkiti buat kali kedua dan perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata pakar penyakit berjangkit, Dr Frank Esper.

Data Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menunjukkan kes jangkitan berulang memang jarang terjadi namun perkara itu tetap perlu diberi perhatian dan bekas pesakit tidak boleh memandang ringan mengenainya.

Menurut Dr Frank, terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang itu boleh kembali dijangkiti Covid-19, antaranya;

Ini 3 sebab mengapa bekas pesakit Covid-19 akan dijangkiti kali kedua

Varian Delta

1. Kekebalan tubuh berkurangan

Jangkitan virus Covid-19 telah berlarutan hampir dua tahun dan kekebalan tubuh daripada jangkitan awal itu boleh mula berkurangan. Bahkan, orang yang telah mendapatkan vaksin juga boleh menurun imunisasi badan mereka.

2. Tidak mengamalkan SOP

Antara punca lain virus itu mudah merebak disebabkan ramai yang mula mengabaikan SOP ditetapkan seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak. Ramai bekas pesakit menganggap mereka bukan lagi ancaman dan sasaran kerana sudah dijangkiti.

Ini 3 sebab mengapa bekas pesakit Covid-19 akan dijangkiti kali kedua

SOP

3. Varian baharu

Pelbagai varian baharu Covid-19 jauh lebih mudah menular daripada gelombang pertama virus itu tahun lalu. Varian ini mampu mengatasi kekebalan yang telah dikembangkan melalui vaksin atau jangkitan sebelumnya.

Ramai berpendapat kes jangkitan berulang berlaku kerana varian baharu yang lebih mudah menular tetapi tidak semua kes disebabkan perkara itu.

“Penularan varian baharu ini termasuk kemampuannya untuk menyerang sistem imunisasi manusia adalah salah satu penyebab mengapa seseorang itu boleh dijangkiti buat kali kedua,” katanya.

Sementara itu, Dr Frank menjelaskan individu yang sudah mendapatkan vaksin masih boleh dijangkiti Covid-19 tetapi risikonya jauh lebih rendah berbanding yang belum divaksin.

Data juga menunjukkan bahawa kemungkinan orang yang mendapatkan vaksin untuk dijangkiti Covid-19 hanya 0.5 peratus. Oleh itu, sebaik-baiknya, kita mengambil suntikan vaksin untuk melindungi diri.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/08/28/bekas-pesakit-covid-19-jangan-fikir-anda-tak-akan-dijangkiti-buat-kali-kedua-ini-3-sebabnya#cxrecs_s

BACA JUGA : Mangsa rogol maut disumbat seluar dalam dalam mulut, suspek berjaya diberkas

CATEGORIES