Ini 2 perkara dalam titah Agong yang boleh jelaskan maksud ‘segera’

Tidak sukar sebenarnya untuk faham maksud parlimen bersidang ‘secepat mungkin’ yang dititahkan KDYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam.

Laras bahasa Baginda guna straightforward sahaja, sesuai dan mudah difahami oleh hamba rakyat. Bukanlah berbunga-bunga seperti bahasa dalam istana lazimnya.

Tapi kenapa ada yang sukar faham? Atau sebenarnya hanya sengaja mengelak untuk faham?

Dua keadaan ini akan menjelaskan maksud sebenar frasa ‘secepat mungkin’ tersebut.

Pertama, secara kronologi, gesaan Baginda ini bukanlah kali pertama. Ia adalah penegasan KEDUA yang hadir selepas Baginda menitahkan pandangan sama pada 24 Februari 2021 (sudah lebih 3 bulan).

Ketika itu Baginda titahkan perlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

Wah, sampai perlu ditegaskan DUA KALI…

Maksudnya ini satu perkara penting, serius dan perlu disegerakan tanpa boleh berlengah.

Kedua, mari kita amati sambungan ayat selepas frasa ‘secepat mungkin’ dalam teks itu.

“Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat”

Ayat ‘bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dibahaskan’ ini secara tak langsung juga menjelaskan maksud dan hasrat ‘secepat mungkin’ Baginda.

Ordinan Darurat ini hanya wujud dan berkuat kuasa ketika tempoh darurat sahaja. Dengan kata lain, jika nak bahas ordinan darurat, kena lah bersidang dalam tempoh darurat ini.

Kalau bersidang lepas habis darurat buat apa nak bahas lagi benda yang dah lepas dan benda dah tak boleh nak guna.

Dua perkara ini sahaja sudah cukup memahamkan kita bahawa frasa ‘secepat mungkin’ itu adalah SEBELUM tempoh darurat TAMAT.

Kita tak perlu jadi menteri undang-undang atau mencari dalil-dalil lain pun untuk faham perkara simple macam ni.

Kecuali, kita memang mahu sembah derhaka kepada Tuanku.

Sumber :