Ini 10 ciri-ciri yang tunjuk anda sudah matang

Ini 10 ciri-ciri yang tunjuk anda sudah matang. Tanda Kematangan. Bagaimana kematangan seseorang itu boleh ditentukan? Adakah kematangan seseorang itu akan datang pada umur-umur tertentu?

Adakah kita akan matang pada umur 20, 30 atau 40?

Apakah yang menentukan ciri-ciri seorang yang matang?

Ini 10 ciri ciri yang tunjuk anda sudah matang

1. Apabila anda masuk usia matang dan semakin menua, anda akan mula sakit kepala apabila percakapan kecil dikumandangkan. Anda mula menyendiri dan tidak mahu bercampur dengan orang itu dan ini.

2. Tidur itu lebih nikmat dari bercakap dengan manusia tentang manusia lain. Baca buku itu jauh lebih sedap dari berkisah tentang gosip manusia.

3. Anda akan menghormati beda pendapat. Membaca maklumat berdasarkan catatan dua pihak kerana anda faham semua lapuran bersifat 180 darjah dan anda perlu baca dan faham dua daerah yang berbeza baru dapat “lapuran menyeluruh 360 darjah”

4. Anda tidak akan memaksa orang untuk menyukai anda. Lok ko dia. Anda dalam orbit sendiri. Anda menyukai diri sendiri biarpun bukan kacak dan segak pada mata orang lain.

5. Anda tidak menghukum manusia lain. Jauh dari ambil tahu urusan mereka. Basooo dia. Ambo tak galo tanah demo.

6. Isteri saya selalu tanya, “abang tahu kah tentang ini? Abang tahu kah tentang itu? ” Mudahnya saya tak tahu, walaupun duduk depan komputer 8 jam sehari.

7. Saya tak peduli kisah remeh temeh dan catatan orang. Komputer, laptop dan telpon pintar adalah tempat saya mengutip ilmu, skill dan wisdom.

8. Apabila anda matang, anda tidak akan terlibat dengan “nonsense fight.” – hal remeh dan kisah bodoooo mahu menegak benang basah. Anda tak akan layan ajakan bertumbuk.

9. Saya telah jadi lelaki pendiam lantaran percaya kegembiraan itu adalah urusan dalaman – inner self – bukan pada gosip dan usik jentik orang.

10. Jika ini “kegilaan” – anggap lah ini kegilaan seorang lelaki tua yang menghitung usia berbaki.

Jika ikut genetik usia keluarga, banyak juga lagi masa 25 tahun lagi. Doakan panjang umur, sihat dan kekal tak ambil tahu urusan orang. Insha Allah.

Tonton:

Baca:

Lupa tanya harga mee sebelum order, sekali nah sampai bil menggelupur nyawa haa…

Terkenal digelar “Gerai Nasi Lemak Anjing”, ini penjelasan pemuda ini

Suami Heliza terlibat penipuan skim pelaburan? Ini penjelasan polis

CATEGORIES