Ingatkan seorang rupanya dua kanak-kanak kena dera dengan bantal, petugas taska ditahan Polis

Ingatkan seorang rupanya dua kanak-kanak kena dera dengan bantal, petugas taska ditahan Polis

Dua petugas taska telah ditahan polis bagi membantu siasatan kerana dipercayai telah melakukan penderaan terhadap kanak-kanak di sebuah taska dalam hospital di Selangor.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, kedua-dua wanita berkenaan merupakan petugas taska yang ditahan oleh pihak polis di Sepang sekitar jam 3 petang pada 9 Jun lalu.

Polis Selangor menerima laporan mengenai kejadian kes penderaan kanak-kanak di sebuah taska dalam sebuah hospital di negeri ini.

Ibu kepada seorang kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa penderaan telah tampil bagi membuat laporan polis. Mangsa yang berusia setahun lapan bulan itu dikatakan telah mengalami luka pada bahagian pipi serta lebam pada beberapa bahagian di anggota badannya.

Hasil siasatan kemudian mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak yang turut menjadi mangsa penderaan di taska berkenaan. Kanak-kanak yang berusia setahun sembilan bulan itu dipercayai telah dipukul pada bahagian kaki dan juga kepala dengan menggunakan bantal.

Kedua-dua mangsa dihantar ke hosital untuk rawatan lanjut.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan kedua-dua wanita berkenaan yang merupakan pekerja taska di sebuah taska di dalam hospital serta merampas sebiji bantal bagi membantu siasatan. Jelasnya lagi, taska berkenaan turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/716682/dua-wanita-ditahan-bantu-siasatan-kes-dera-kanak-kanak-di-taska