Ingatkan kembar 2 je, wanita ini terkejut lahirkan sampai 9 anak sekaligus, ini kisahnya
Seorang wanita bernama Haliam Cisse dari Mali selamat melahirkan sembilan bayi kembar di sebuah bandar pelabuhan di Casablanca, Maghribi, lapor The Indian Express.
Lima daripada sembilan bayi itu merupakan bayi perempuan dan empat lagi adalah bayi lelaki.
Rekod Dunia Guinness telah memuat naik gambar dan video Halima serta suaminya bersama kesemua bayi mereka yang kelihatan sihat.
“Saya melahirkan sembilan bayi, lima perempuan dan empat lelaki,” kata Halima dalam bahasa Perancis.
Kredit Guinness World Records
“Kami ingatkan hanya tujuh orang, namun Allah telah memberkati kami dengan sembilan bayi. Pada mulanya kami tidak tahu, sehinggalah kami tiba di klinik Maghribi.
“Semasa pembedahan, kami mendapati bahawa kami bakal mendapat sembilan orang kembar bukannya tujuh,” kata Abdelkader Arby suami kepada Halima.
Sembilan bayi kembar itu bernama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia, Fatouma, Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammaed VI Cisse.
Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal
“Pada awalnya, doktor di Mali menyangka Halima mengandung tujuh orang anak kembar, namun selepas kerajaan Mali menerbangkannya di klinik Pakar Maghribi dua bayi lagi telah ditemui,” kata Guinness World Records dalam satu ulasannya.
Kesemua sembilan bayi itu dilahirkan pramatang melalui pembedahan Caesarean pada 4 Mei 2021 yang lalu sewaktu usia kehamilan Halima 30 minggu.
Nonuplets sangat jarang berlaku dan tiada kes yang direkodkan bagi kelahiran sembilan bayi dalam kelahiran tunggal yang masih hidup selama lebih daripada tempoh beberapa jam.
Nonuplet dari Mali yang terkenal itu telah menyambut kelahiran pertama mereka pada 4 Mei lalu. Rekod sebelum ini dipegang oleh lapan bayi yang dilahirkan oleh Nadya Suleman, Amerika Syarikat pada tahun 2009.
BACA: Seorang ibu luah rasa menyesal, tergamak jual anak berusia 14 hari, puncanya buat netizen marah