“Ingatkan kalah PRU15 ada pencen, rupanya kena tunggu umur cecah 50 tahun baru dapat”

Oleh MHDAILY

“Ingatkan kalah PRU15 ada pencen, rupanya kena tunggu umur cecah 50 tahun baru dapat”.“Saya pun masih ada cita-cita politik, tak nak orang lupakan saya.”

Demikian jawapan balas bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin ketika ditanya mengapa dia menyertai stesen radio, Hot FM sebagai penyampai radio baharu.

Khairy dalam nada berseloroh juga berkata, selepas kehilangan jawatan sebagai ahli Parlimen dan tiada kedudukan dalam kerajaan, dia harus melakukan sesuatu sebagai punca pendapatan.

"Ingatkan kalah PRU15 ada pencen, rupanya kena tunggu umur cecah 50 tahun baru dapat"

“Sebelum ini rutin pagi saya tidur. Lepas subuh, sambung tidur. Bukan murung pun, cuma sudah lama tidak berehat.

“Cuma bila tidak ada jawatan selepas kalah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), saya ingatkan ada pencen, rupanya tiada. Kena tunggu usia 50 tahun, baru dapat.

“Sekarang saya 47, nak tunggu tiga tahun tanpa kerja. Tak boleh. Sebab itu juga saya sertai Hot FM. Gaji besar!” katanya yang mesra disapa KJ.

Di laman-laman sosial juga mendapati, kehadiran KJ sebagai penyampai radio menjadi buah mulut ramai dan rata-rata terhibur dengan keletah bekas ahli Parlimen Remabu itu.

Malah, ada juga yang menyokong agar KJ terus menjadi penyampai radio kerana suka kehadiran golongan profesional melontarkan idea dan kata-kata.

KJ yang memulakan tugasnya secara rasmi di Bekpes Hot bermula hari ini ditemani penyampai radio, Johan dan AG.

Malah KJ juga sempat bergurau untuk bertanyakan kepada pihak penaja sekiranya dia juga boleh mendapatkan tona kulit lebih cerah jika menggunakan produk tersebut.

“Tak payahlah, dah tall, dark and handsome!” jawab AG.

Penampilan kali pertama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ sebagai penyampai radio hari ini berjaya meraih peningkatan sebanyak 75 peratus untuk penstriman langsung digital Hot FM dalam masa satu jam.

Kejayaan KJ Jadi DJ itu didapati meraih peningkatan agak tinggi pendengar dalam tempoh singkat untuk penstriman langsung digital di hotfm.audio dan aplikasi Audio+ yang boleh disifatkan terbaik untuk ‘orang baharu’ industri penyiaran sepertinya.

Tidak hanya itu, selaras dengan KJ Jadi DJ juga membuatkan laman sesawang, www.hotfm.audio turut berjaya mencapai sebanyak 139 peratus.

peningkatan Paparan Halaman Unik kerana ramai orang mendaftar masuk untuk mengakses portal penstriman web.

Segmen Bekpes Hot dikendalikan Johan, Fara Fauzana dan AG sebelum ini nyata berjaya menarik perhatian ramai dengan kemunculan KJ yang mula bersiaran dari jam 6 pagi hingga jam 10 pagi ini dengan coloteh menghiburkan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Hot FM, KJ disifatkan dengan pantas berjaya membuktikan dirinya seorang yang mampu menjalankan pelbagai pekerjaan selain menjadi ahli politik.

BACA:

Boss Mydin sanggah MP Pas Menu Rahmah punca penyakit

Kini menu rahmah temui anda di hentian rehat Plus