Ingatkan abang sibuk nak penuhi permintaan adik, sekali abang datang buat surprise buat ramai sebak

Ingatkan abang sibuk nak penuhi permintaan adik, sekali abang datang buat surprise buat ramai sebak.

Namun, ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali azali lagi.

Siapa kita untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan. Semuanya ada hikmah di sebalik kehilangan itu.

Ingatkan abang sibuk nak penuhi permintaan adik, sekali abang datang buat surprise buat ramai sebak

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda menangis apabila abangnya datang ke hari keluarga di akademi pengajiannya telah mengundang sebak ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minta datang hari keluarga, tak sangka abang betul-betul muncul depan mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh @devarjuna, kelihatan lelaki itu berkongsi cerita apabila dia menerima panggilan daripada adiknya yang bertanya tentang kehadirannya ke hari keluarga di akademi pengajiannya.

@devarjunaDpt call dr adik tnye mri x hr kluarga kt akademi… kbo x leh mari sbb keje… bru ada kt karak ondway blk dr klang…. hurmmm…. x pe la, ye kate…. bunyi sedih je …. kita plk srba slh😢 trus pecut lori dr karak blk trg… tembaj naik ipoh teruss … x pe la, tgk ye blari2 hungga ke kita, hilang letih😅😅😅

♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Pada awalnya, dia yang bekerja sebagai pemandu lori memberitahu tidak dapat hadir kerana masih bekerja. Namun, lelaki itu berubah fikiran selepas adiknya memberi respon seperti bersedih. Difahamkan, ibu bapa mereka telah meninggal dunia.

Lalu, dia mengambil keputusan untuk hadir juga ke hari keluarga tersebut. Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila reaksi si adik yang berlari dan menangis sambil memeluk abangnya sebaik saja dia tiba ke akademi tersebut.

“Contoh seorang abang yang terbaik. Sayu hati tengok video ni. Gugur air mata seorang lelaki” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.1M views, 80.1K likes dan 8.3K comments di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi adik lelaki itu yang seolah-olah memang mengharapkan kedatangan abangnya.

BACA: 

‘Maaf bukan lagi duda pilihan anda!!!’ Sharnaaz ahmad dah bertunang

Tak sangka! Rupanya ada rahsia disebalik fungsi screenshot iPhone yang ramai tak tahu