‘Ingat sakit bahu biasa, rupanya kanser tulang’ – pemuda baru kahwin terkejut dimaklum doktor

Oleh MHDAILY

‘Ingat sakit bahu biasa, rupanya kanser tulang’ – pemuda baru kahwin terkejut dimaklum doktor. Seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga awal tahun ini terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat minyak dan gas selepas disahkan menderita kanser tulang pada bahu kanannya.

Muhammad Adli Azahar amat terkejut apabila sakit bahu yang disangka hanya sekadar ‘frozen shoulder’ itu rupanya kanser tulang atau Ostesarcoma selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

Ditemui di rumahnya di Balok di sini, Muhammad Adli mengaku hatinya luluh apabila pakar membuat pengesahan penyakit itu September lalu, dan memberitahu dia memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan selain menggantikan tulang bahu dengan besi.

Baca Artikel Penuh