Indonesia kesan kemasukan varian Mu

Hospital Lapangan Indrapura (RSLI) di Surabaya sedang memantau perkembangan varian Mu Covid-19 yang dilaporkan dibawa masuk oleh seorang pekerja Indonesia yang baru pulang dari luar negara, lapor laman berita Detik.com hari ini.

Bagi memantau hal tersebut, sebanyak 78 sampel ujian telah dihantar ke Institut Penyakit Tropika di Unair, Surabaya untuk kajian lanjut.

Menurut Pakar Patologi Klinik dan doktor yang menguruskan pesakit RSLI, Fauqa Arinil Aulia, sehingga kini pihaknya masih menunggu hasil kajian.

Indonesia kesan kemasukan varian Mu

Seorang petugas pengebumian berjalan melewati tapak pengebumian mangsa Covid-19 di tanah perkuburan Keputih, Surabaya.

“Kami tidak boleh membuat jangkaan. Semuanya masih menanti keputusan sampel ujian untuk disahkan,” katanya.

Selain itu, Fauqa berkata, orang ramai diminta tidak berasa bimbang akan varian Mu tersebut.

“Ini kerana varian Mu adalah sejenis varian berkepentingan (VOI) di mana sifatnya tidak berubah dari sudut gejala klinikal, perkembangan dan penyakitnya serta rawatannya juga tetap sama,” ujar doktor berkenaan.

Setakat ini, varian Mu telah menular di 39 buah negara dan diklasifikasikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai VOI.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/09/hospital-di-surabaya-pantau-perkembangan-kemasukan-varian-mu/

BACA JUGA : ‘Basuh’ hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar