Individu tak vaksin dibenarkan hadir solat jemaah di Pahang

Individu tak vaksin dibenarkan hadir solat jemaah di Pahang. Jemaah belum vaksin, bukan warganegara, musafir dibenar solat di masjid dan surau di Pahang, kata Exco. Kerajaan Pahang memberi kebenaran kepada jemaah belum divaksin, bukan warganegara dan musafir menunaikan solat dan berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kebenaran itu dibuat selepas kerajaan negeri mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau, susulan peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) diperoleh Pahang.

Katanya, SOP baharu itu berkuatkuasa Rabu lalu dan SOP lengkap untuk panduan semua pentadbir masjid dan surau akan disediakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

BACA JUGA : Jawatan bertaraf menteri bukan satu sogokan, kata Muslimat Pas

“Kehadiran jemaah juga adalah terbuka kepada semua, sama ada yang telah divaksin atau belum divaksin, manakala jemaah dari kalangan bukan warganegara dan bukan ahli kariah juga dibenarkan dengan mematuhi SOP solat di ruang musafir yang disediakan.

“Bagi solat Jumaat pula, kehadiran jemaah di masjid dan surau bergantung kepada keluasan kapasiti sesebuah rumah ibadat itu. Ia juga tertakluk kepada kemampuan serta kawalan jemaah oleh pihak masjid atau surau itu sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri turut menggariskan panduan SOP bagi aktiviti pengajian ilmu di masjid dan surau.

BACA JUGA : Dapat tanah di Jalan Peel bernilai RM2.9 juta, rupanya bukan sekadar jiran Menteri

Katanya, setakat ini, hanya kuliah subuh dan maghrib sahaja dibenarkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

“Kalau kuliah itu diadakan di luar waktu subuh dan maghrib, ia perlu mendapat kebenaran daripada JAIP atau Pejabat Agama Daerah,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata, aktiviti akad nikah pula boleh dilaksanakan di masjid negeri dan masjid daerah dengan kebenaran Pejabat Agama Daerah manakala jamuan di masjid atau surau pula perlu mengikut SOP semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

BACA JUGA : Setahun lagi Covid-19 bakal berakhir, kata Moderna

Katanya, pengurusan jenazah di masjid, surau atau rumah juga adalah dibenarkan dengan mengikut SOP pengurusan jenazah bukan pesakit Covid-19 yang disediakan.

Syed Ibrahim menambah, bagaimanapun kerajaan Pahang masih belum membenarkan jemputan penceramah, imam atau khatib dari luar negeri ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/23/jemaah-belum-vaksin-bukan-warganegara-musafir-dibenar-solat-di-masjid-dan-surau-di-pahang-kata-exco/

COMMENTS

Wordpress (0)