Individu bergelar Datuk didakwa subahat bunuh juruteknik

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas dakwaan bersubahat membunuh seorang juruteknik, bulan lepas.

R. Ravi, 53, didakwa bersubahat dengan empat individu yang sudah dituduh sebelum ini, termasuk seorang lagi yang masih bebas kerana membunuh juruteknik, A. Vasudevan, 39.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Springhill antara jam 5.40 pagi hingga 9.45 pagi, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Individu bergelar Datuk didakwa subahat bunuh juruteknik

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret V. Vanita.

Tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Nur Athirah Zainuddin.

Tertuduh diwakili dua peguam diketuai Datuk Geethan Ram Vincent.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

BACA JUGA : Non Muslim sama-sama gotong royong cuci masjid tenggelam banjir di Klang
Panas !!! [VIDEO] Azmin Ali kena halau dengan mangsa banjir

CATEGORIES