India sekat eksport gula pula selepas gandum

India sekat eksport gula pula selepas gandum. India mengumumkan sudah mengehadkan eksport gula bagi melindungi bekalannya serta mengawal inflasi, beberapa hari selepas menyekat eksport gandum yang menyebabkan harga global melonjak susulan perang di Ukraine.

Pengeluar gula terbesar dunia dan pengeksport nombor dua selepas Brazil itu hari ini menjelaskan, penghantaran akan dihadkan kepada 10 juta tan untuk tahun pemasaran semasa hingga September.

Kementerian Makanan India dalam kenyataannya berkata, keputusan itu diambil bertujuan menjamin bekalan domestik serta memastikan kestabilan harga sepanjang musim gula.

Katanya, eksport gula dijangka mencapai rekod tertinggi tahun ini, dengan kontrak ditandatangani untuk kira-kira sembilan juta tan dan 7.8 juta tan sudah dihantar.

Pada pertengahan Mei, India mengharamkan sebarang eksport gandum baharu tanpa kelulusan kerajaan, ekoran cuaca panas yang menjejaskan tuaiannya.

India sekat eksport gula pula selepas gandum

Baca Artikel Penuh