India berjaya suntik 10 juta dos vaksin dalam tempoh 24 jam

Oleh MHDAILY

India dilaporkan memberi lebih 10 juta suntikan vaksin Covid-19 sehari buat pertama kali, ketika negara ini dijangka berdepan dengan gelombang jangkitan baharu dalam tempoh terdekat.

Menurut Kementerian Kesihatan India, 10 juta suntikan itu diberikan kelmarin, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu 9.2 juta suntikan.

Kerajaan India sebelum ini berdepan kritikan hebat selepas lebih 200,000 penduduk maut akibat Covid-19 pada April dan Mei lalu.

Baca Artikel Penuh