“Im sorry to you too”, Anju dan bekas tunang berdamai, plan nak nikah ‘on’ balik?. Persengketaan antara pelakon, Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya,
Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, akhirnya menemui titik noktah selepas Khazrul membuat permohonan maaf terbuka, semalam.
Zarina berharap ‘perang’ yang berlaku antara mereka tidak akan bersambung lagi selepas ini kerana dia berhasrat hubungan silaturahim sesama mereka kembali jernih.
“Terima kasih Khazrul untuk permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini,” katanya menerusi TikTok.
Khazrul turut berkongsi tangkap skrip hantaran Zarina itu menerusi TikTok.
Permohonan maaf itu dibuat Khazrul selepas pelakon terbabit menggesanya untuk tampil memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan kembali semua dakwaannya yang menimbulkan fitnah.
Ini susulan bekas tunangnya itu mendakwa memiliki gambar bogel Zarina selain memetik kembali kes dadah membabitkan pelakon itu.
Zarina turut menyatakan dia terbuka hati untuk berbaik dengan Khazrul, namun menegaskan ibu bapanya tidak patut terseret sekali dalam konflik mengaibkan itu.
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Zarina turut berterima kasih atas kunjungan keluarga Khazrul ke rumahnya.
Katanya, dia akan sentiasa menyayangi serta menghormati hubungan kekeluargaan yang sudah dibina.
BACA:
“Dah la cantik”, gadis india tunjuk bakat pandai baca dan hafal surah Al-Quran