Inilah roomate saya waktu Diploma dulu. Kawan berebut toilet. Kawan berebut earphone. Kawan bertengkaq. Kawan tidur sebantal. Cuma kami bukan ‘Curcuma Longa’.
Ust Don sebaya umur dengan saya. Kami sama-sama belajar di MTQ P.Pinang bersebelahan Masjid Negeri dalam jurusan Diploma Qiraat. Kini dikenali dengan KITAB.
Petang tadi Kami berbual panjang tentang perjalanan kehidupan. Terkenang zaman belajar bersama. Dari tiada apa. Hingga kehari ini kami syukur pada kurniaan rezeki.
Kisah kami berdua dahulu banyak dramanya. Tapi biarlah kami berdua sahaja ketawa. Kata orang ‘Tak semua benda boleh cerita’.
Kami berdua amat terhutang budi pada Zakat. Kos pembelajaran kami ditanggung sepenuhnya oleh Zakat P.Pinang. Makan sehari 5 kali. Setiap bulan diberi pula elaun. Terima kasih Zakat Penang.
Ust Don banyak kelebihan. Saya suka penyampaiannya. Gaya pertuturan beliau sangat mempesona. ‘Lovely’. Membuatkan orang ternanti ayat seterusnya.
Saya doakan Ust Don agar dilimpah kurnia kebaikkan
Sumber: