Ikan sepanjang 16 kaki ditemui nelayan buat orang ramai risau

Ikan sepanjang 16 kaki ditemui nelayan buat orang ramai risau

Ikan sepanjang 16 kaki ditemui nelayan buat orang ramai risau. Ikan besar yang diperoleh para nelayan itu mencetuskan sensasi dikalangan penduduk setempat yang rata-rata berpusu-pusu datang untuk melihat ikan itu depan mata mereka sendiri.

Spesis ikan laut dalam yang ditangkap oleh kumpulan nelayan walaupun dianggap ‘rare’ tetapi tu bukanlah kali pertama ditemui di dunia ini, malah Ikan yang ditangkap oleh kumpulan nelayan itu dikenalpasti sebagai ikan oar.

Kemunculan ikan oar yang berasal dari laut dalam ini bagaimanapun menimbulkan rasa resah dan bimbang terhadap segelintir orang yang berpendapat ianya merupakan satu petanda yang kurang baik.

Ikan sepanjang 16 kaki ditemui nelayan buat orang ramai risau

Di Jepun, masyarakat setempat percaya bahaya sekiranya ikan oar ini muncul, ia membawa petanda gempa bumi bakal berlaku dalam masa terdekat.

Bahkan dalam kejadian gempa bumi di Fukushima pada tahun 2011, puluhan spesies ikan ini muncul dan dikesan di Jepun sebelum gempa bumi berlaku.

Walaupun begitu, tiada bukti saintifik yang menunjukkan penemuan ikan oar dengan kejadian gempa bumi.

Ikan Yang Disangka Rasaksa Laut – Oarfish |MyRokan

Ikan oar ini juga pernah dilaporkan ditemui oleh nelayan di Malaysia.

Habitat ikan oar ini adalah di kawasan laut dalam, namun ia cenderung untuk naik ke permukaan apabila keadaan fizikal lemah, sakit, membiak atau peningkatan arus air.

BACA:

Pulau bakal kena ‘pulau’? Menteri pun tak setuju ditayangkan

Nak menangis ayah tengok anak goreng ikan Arowana kayangan kesayangannya

CATEGORIES