Ifa Raziah selamba ‘sound’ juri di live TV3

Ifa Raziah selamba ‘sound’ juri di live TV3

Ifa Raziah selamba ‘sound’ juri di live TV3. Penyanyi, Ifa Raziah akui kurang senang dengan komen yang diberikan oleh guru vokal, Shaffiq Erwin mengenai teknik nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Di Pintu Syurga di program realiti terbaru, Terpaling Juara.

Menurut Ifa, penurunan kemampuan vokal sebenarnya merupakan perkara biasa lebih-lebih lagi apabila seseorang penyanyi itu sudah pun meningkat usia.

“Kau siapa nak sound-sound aku ni nyanyi sumbang ke apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni? Umur aku dah dekat 50 tahun, memang la suara kadang-kadang kelaut sikit.

“Kau suruh mak kau nyanyi, aku nak tengok. Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yang. dulu suara high pitch tak akan dapat macm suara 20-30 tahun yang lalu,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Ifa menerusi ruang komen di posting Instagram, Shaffiq.

Ifa Raziah selamba 'sound' juri di live TV3

Malah, Ifa turut merasakan komen tersebut seperti tidak adil lebih-lebih lagi apabila membanding-bandingkan kemampuan penyanyi lama dan baru.

Ifa Raziah selamba 'sound' juri di live TV3

“So respect la sikit kami yg tua ni. Nak compare dengan budak-budak muda memang la kami tak mampu nak lawan.

“Kau yang muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara kah masa umur ko 50 nanti. Ko tunggu masa tu akan tiba,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga menyifatkan penglibatannya di program tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan bukannya untuk mengejar kemenangan.

“Aku masuk pertandingan ni suka-suka je, bukan pasal duit. Setakat RM100k tu, aku pun ada.

“Tak payah la kutuk-kutuk, kita hidup ni santai-santai je, apa yang masalah sangat pada kau, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH,” akhirinya.

Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik video reaksi penuhnya terhadap nyanyian Ifa yang dikatakan agak sumbang sewaktu menyanyikan lagu dendangan penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.

BACA:

Najib mohon hukuman ditangguh, minta semak keputusan mahkamah persekutuan

Ini dia abang bomba yang buat gadis hari merdeka terjerit-jerit

Kedai motosikal nekad dedah senarai pelanggan berhutang, ada sampai 36 bulan senyap

CATEGORIES