Ibu Neelofa dedah bibit-bibit anaknya terpikat dengan Harris

Ibu Neelofa dedah bibit bibit anaknya terpikat dengan Harris

Ibu Neelofa dedah bibit-bibit anaknya terpikat dengan Harris. Datin Noor Kartini Mohamed atau lebih dikenali sebagai Noor Kartini merupakan ibu kepada selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa. Dia juga merupakan pengasas kepada produk Young&Glow Foundation.

Ibu Neelofa merupakan salah seorang tetamu jemputan ke rancangan ‘Next To Neelofa” musim kedua. Dalam rancangan tersebut, dia telah membongkarkan perkara yang berlaku antara Neelofa dan Haris.

“Suka Dekat Haris”

Semasa sesi perkongsian dalam rancangan tersebut, Kartini telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku semasa sesi pembelajaran. Katanya, kakak Neelofa iaitu Nabila telah mengadu kepadanya dan mengatakan bahawa Neelofa suka kepada Haris.

Nabila mari kat mama, dia kata Fa tu suka kat Haris. – cerita ibu neelofa kepadanya

Ibu Neelofa dedah bibit bibit anaknya terpikat dengan Harris

Kartini mengatakan, sewaktu sesi pembelajaran tersebut, Haris memerlukan pen dan Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga semata-mata untuk mengambil pen buat haris.

Ibu Neelofa dedah bibit-bibit anaknya terpikat dengan Harris

Sebab masa tu tengah belajar, jadi Haris nak pen. Neelofa tu sanggup naik ke tingkat tiga , ambil pen.- katanya

Sekadar info, pada tanggal 27 Mac 2021, Neelofa selamat menjadi isteri kepada PU Riz selepas dinikahkan oleh adik lelaki Neelofa dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Muhammad Bilal.

BACA:

Izara Aishah mengamuk, ‘itu bayi Laha***, semoga kamu reput di Neraka!’

“Apabila pengasas parti BERSATU masuk PKR..”

Lima peristiwa besar akan berlaku dari November hingga Mei 2023, dedah pengembara masa dari tahun 2671

CATEGORIES