Ibu anak tiga ‘kantoi’ curi seluar dalam lelaki

Ibu anak tiga ‘kantoi’ curi seluar dalam lelaki

Ibu anak tiga ‘kantoi’ curi seluar dalam lelaki. Seorang ibu tiga anak dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri pakaian termasuk pakaian dalam lelaki di sebuah pusat beli-belah, minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Farah Munirah Zahari, 34, yang membuat pengakuan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri tujuh helai seluar, sehelai singlet dan tiga kotak seluar dalam lelaki dengan nilai keseluruhan RM1,256 milik pasar raya Aeon Bandaraya Melaka.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.50 petang pada 24 November 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau berulang boleh dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Ibu anak tiga 'kantoi' curi seluar dalam lelaki

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan mempunyai tiga anak kecil, selain ibunya kini menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser dihidapi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan sama.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dari tarikh ditangkap pada 24 November lalu.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2003) dan hendaklah menjalani pengawasan di bawah Seksyen 38(B) akta sama atas kesalahan memberikan kepada diri sendiri dadah jenis heroin pada hari ditangkap.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Januari tahun hadapan bagi menunggu laporan patalogi dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin.

BACA:

Terkejut netizen tahu harga yang Chef Wan upah bayar nurse jaga ibunya

Anwar menghadap Agong pagi ini bentang senarai kabinet

Astro terpaksa beritahu pasal ini selepas ramai desak kekalkan Kak Lina GV akan datang

CATEGORIES