Ibadah korban : Rakyat Selangor patuh SOP – Polis

Ibadah korban : Rakyat Selangor patuh SOP – Polis

Tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban dilaporkan di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pemantauan yang dibuat semalam mendapati pihak yang terbabit mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Tiada laporan pelanggaran SOP diterima untuk ibadah korban semalam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Di Selangor, ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha dilaksanakan di Rumah Sembelih Veterinar, Rumah Sembelih Swasta Berdaftar Jabatan Veterinar, ladang atau kandang ternak dan masjid yang diluluskan.

Badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menjalankan ibadah korban juga perlu melaksanakan di lokasi ditetapkan dengan kebenaran pihak berkuasa.

SOP ketat dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 selain megelak daripada perhimpunan ramai ketika penyembelihan haiwan ternakan dijalankan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/733169/tiada-pelanggaran-sop-ibadah-korban-di-selangor

BACA JUGA : Kes makin menurun di Indonesia, sekatan bakal ditarik balik 26 Julai