Husam Musa calon parlimen Shah Alam ganti Khalid Samad?

Husam Musa calon parlimen Shah Alam ganti Khalid Samad?

Husam Musa calon parlimen Shah Alam ganti Khalid Samad? Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa dijangka bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Husam dijangka bertanding di Parlimen berkenaan sebagai salah seorang calon dari kuota PKR mewakili Pakatan Harapan (PH) menggantikan penyandang kerusi itu, Khalid Samad yang berpindah ke Parlimen Titiwangsa.

Husam sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian pada tahun 1999 selama satu penggal.

Husam juga pernah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor sehingga 2013.

Pada PRU13, Husam bertanding di Parlimen Putrajaya namun kalah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur daripada Barisan Nasional (BN).

Husam Musa calon parlimen Shah Alam ganti Khalid Samad?

Selepas itu, beliau dipecat daripada PAS pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib dan menegur kerjasama belakang tabir UMNO dan PAS.

Pada PRU14 pula, beliau bertanding di Parlimen Kota Bharu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di bawah logo PKR, namun tewas di kedua-dua kerusi terbabit.

Media semalam melaporkan, Husam tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di Kelantan.

Pengerusi PH Kelantan, Muhammad Hussin berkata, langkah itu adalah satu strategi parti yang sudah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.

BACA:

Youtuber Israel dedah beli passport masuk Malaysia dengan harga RM700K

Fizo tayang wajah baby Khaleeda, gambar mummy pula menonjol, “macam anak dara..”

Mak Abby Abadi meninggal dunia selepas dialisis

CATEGORIES