Hubungan dengan Schatzmann, Janna Nick akhirnya mengaku hal ini

Hubungan dengan Schatzmann, Janna Nick akhirnya mengaku hal ini

Hubungan dengan Schatzmann, Janna Nick akhirnya mengaku hal ini. Pelakon, Janna Nick mengakui dia masih berkawan baik dengan bekas teman lelaki, Dini Schatzmann selepas mereka dikatakan telah menamatkan hubungan percintaan.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, mereka berdua bersikap profesional antara satu sama lain dan tiada perasaan benci yang timbul di dalam hati.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, dia kini hanya mahu fokus dengan kerjaya seni.

Kalau ada benda baik untuk dikongsikan saya akan kongsi. Untuk sekarang saya nak all out dengan kerja.

Hubungan dengan Schatzmann, Janna Nick akhirnya mengaku hal ini
Dalam pada itu, pengacara rancangan Famili Duo itu memaklumkan mereka berdua masih mempunyai tuntutan kerja yang memerlukan mereka untuk berjumpa dan bekerjasama.

Saya masih berkawan dengan dia, tak ada perasaan benci, tak ada perasaan rasa tak nak tengok. Masih profesional.

Bagaimanapun, Janna memaklumkan dia akan lebih berhati-hati mengenai soal cinta selepas apa yang dilaluinya sebelum ini.

Kalau cakap pasal kisah cinta saya akan lebih berhati-hati selepas ini, sebab itu yang terbaik saya rasakan.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Mentari Setia itu berkata lagu ciptaannya bersama Ippo Hafiz itu menjadi luahan isi hati bagi menjawab spekulasi hubungan dirinya dengan Dini.

BACA: 

Netizen bingung apa sebenarnya Malaysia Madani ni?

Nak menangis ayah tengok anak goreng ikan Arowana kayangan kesayangannya

 

CATEGORIES