Hisham tetap bela PPBM, dakwa Pendirian awal UMNO adalah “Yes Bersatu”

Oleh MHDAILY

Semua pihak diminta untuk berhenti melaga-lagakan pemimpin dan mewujudkan kem tertentu di dalam Umno, sebaliknya menumpukan usaha menjaga kestabilan parti.

Ketua Umno Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau bimbang isu-isu memecah-belahkan Umno, termasuk rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular, serta gerakan penubuhan Umno 3.0, bukan sahaja dirasai bahangnya dalam kalangan akar umbi parti itu, malah akan dipandang serong oleh rakyat.

“Umno 3.0 itu apa? Tidak habis-habis, saya minta semua pihak, cukup-cukuplah. Kita banyak lagi agenda kita. Saya sudah nyatakan apa yang penting adalah kestabilan parti kita sendiri.

Baca Artikel Penuh