Hina Sultan Johor : Ibu Neelofa disiasat Polis

Hina Sultan Johor : Ibu Neelofa disiasat Polis

Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini, petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti itu dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram tersebut,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Anuar berkata, polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, Instagram milik ibu selebriti itu didapati memaparkan gambar dan berita TV3 dengan visual Sultan Johor bertajuk “Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar” beserta kapsyen berbentuk kritikan.

Ibu selebriti itu bagaimanapun mendakwa seorang pekerjanya menyalahgunakan akaun Instagram miliknya bagi tujuan peribadi sebelum membuat laporan polis.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/31/polis-siasat-wanita-didakwa-hina-sultan-johor/