Hilang pendapatan, lelaki mahu cagar kereta untuk bayar sewa rumah

Hilang pendapatan, lelaki mahu cagar kereta untuk bayar sewa rumah

Hilang pendapatan, lelaki mahu cagar kereta untuk bayar sewa rumah. Sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan berusia 12 bulan terpaksa tidur di dalam kereta di hadapan sebuah stesen minyak kerana tiada wang untuk menyewa rumah.

Mohd Shazwan Ismail, 29, dan isteri, Khairul Amirah Tiss Shahirah Hashim, 25, tiada pilihan lain selain daripada berbuat demikian selepas membuat keputusan keluar dari kediaman bapa yang ditumpanginya sebelum ini.

Kata Mohd Shazwan, dia dan isterinya sangat-sangat buntu ke mana mahu mengadu selain pernah berhasrat mencagarkan kereta Proton Wira miliknya untuk mendapatkan rumah sewa.

Mohd Shazwan sebelum ini bekerja sebagai pembancuh minuman dan terputus sumber pendapatan selepas kedai makan tempatnya bekerja terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP).

pendapatan

Katanya, sepanjang empat hari tinggal dalam kereta, dia sentiasa risau memikirkan anaknya Nur Iman Saffiya yang tidak selesa terpaksa duduk dalam kawasan sempit selain gangguan nyamuk terutama pada waktu malam.

“Kalau nak mandi kami ke stesen minyak, waktu malam risau juga sebab PKP, tapi Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku sebab kami hanya letak kereta dan tak keluar ke mana pun,” katanya berkongsi cerita  ketika ditemui.

Lantaran tidak mempunyai wang, isteri Mohd Shazwan, Khairul Amirah terpaksa membuat lampin anak mereka sendiri dengan kain kerana tidak mampu untuk membeli lampin pakai buang.

Kata Khairul Amirah, mujur juga anaknya menyusu badan, justeru tidak perlu dirisaukan sangat tentang perbelanjaan untuk membeli susu.

“Cuma saya saja yang kami fikir, asalkan ada tempat berteduh sudah cukup sebab anak kami masih kecil, kasihan dia. Sebab itu kami kena juga cari rumah,” kata Khairul Amirah.
Kepayahan dan kesulitan hidup Mohd Shazwan tiga beranak, bagaimanapun, mendapat perhatian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nasuha yang dengan segera berusaha mencari sebuah rumah sewa bagi keluarga itu.

Inisiatif Nasuha untuk membantu Mohd Shazwan tercetus selepas salah seorang daripada ahli pertubuhan itu ternampak keluarga ini berteduh di dalam kereta.

Menurut wakil Nasuha, Mohamad Ridzuan Osman, pihaknya segera mencarikan rumah sewa di Taman Ria bagi membolehkan keluarga itu tinggal.

Mohamad Ridzuan berkata, Nasuha akan membiayai duit rumah sewa itu setiap bulan sehingga Mohd Shazwan memperolehi pendapatan kembali.

“Kalau dia (Mohd Shazwan) masih tidak boleh nak bayar sewa (rumah) lagi disebabkan tiada kerja dan sekiranya PKP bersambung, memandangkan dia dapat gaji hari, kita akan bantu untuk bayar sewa rumah dia sehingga dia dapat pekerjaan yang boleh tanggung sewa itu,” kata Mohd Ridzuan.

Sementara itu, sesiapa yang ingin menghulur bantuan kepada Mohd Shazwan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0299541000431755 milik Khairul Amirah Tiss Shahirah Hashim atau menghubungi pasangan itu di talian 011-31813595.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.

Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nasib-tiga-beranak-terpaksa-tidur-dalam-kereta-dapat-perhatian-307674

Jika terlepas: Bukan pelik tukar pemimpin waktu krisis, kata Khaled Nordin