Hidup mampu kembali normal jika cucuk vaksin setiap tahun. Dunia dipercayai mampu kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik COVID-19, dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.
“Saya setuju bahawa dalam setahun, kita akan dapat kembali kepada kehidupan normal.
BACA JUGA : Malaysia tidak pernah sunyi dari isu video seks
“Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus… Dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Namun, kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan melihat data,” lapor Sputnik memetik ABC News.
Beliau berkata, Pfizer akan menyediakan data kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dengan segera, berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
BACA JUGA : RM273 juta dibayar kerajaan untuk sistem kastam yang tak siap, dedah laporan audit
Percubaan itu dikata telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin COVID-19 untuk kumpulan umur berkenaan.
Berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/09/869351/hidup-mampu-kembali-normal-mungkin-dengan-vaksinasi-tahunan