Hibatullah Akhundzada bakal pemimpin tertinggi di Afghanistan

Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada bakal menjadi pemimpin tertinggi di Afghanistan, menyaksikan presiden atau perdana menteri akan mentadbir negara ini dibawah pimpinannya.

Hal itu disampaikan oleh jurucakap Taliban, Anamullah Samangani seperti yang dilaporkan oleh media Afgahnistan, ToloNews.

Kumpulan itu memberitahu, perbincangan mengenai pembentukan Kabinet kerajaan baharu sudah selesai dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Hibatullah Akhundzada bakal pemimpin tertinggi di Afghanistan

HIBATULLAH AKHUNDZADA

“Rundingan serta perbincangan yang dilakukan semakin hampir ke penamat.

“Pentadbiran kerajaan Islam yang bakal kami umumkan akan menjadi model untuk seluruh rakyat Afghanistan selepas ini,” katanya.

Anamullah turut mengesahkan Hibatullah bakal mengetuai pentadbiran Afghanistan.

Katanya, perkara itu tidak boleh disangkal lagi dan tiada pihak seharusnya mempersoalkan keputusan berkenaan.

Portal al-Arabiya pula melaporkan, model pentadbiran Taliban yang bakal dilaksanakan di negara ini mungkin mempunyai persamaan dengan model kerajaan Iran.

Meskipun presiden dan Parlimen Iran dipilih oleh rakyat, bidang kuasa kedua-duanya masih berada di bawah pemimpin tertinggi.

Sementara itu, kerajaan baharu Afghanistan tidak akan dibentuk menjadi republik.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/hibatullah-akhundzada-bakal-jadi-pemimpin-tertinggi-afghanistan/

BACA JUGA : Jangan percaya media jahat, kenali siapa itu Taliban – Hadi

CATEGORIES