Hati-hati ! Pewarna rambut antara punca kanser limfoma

Hati-hati ! Pewarna rambut antara punca kanser limfoma.BERITA mengenai penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso yang menghidap kanser limfoma tahap dua mengejutkan peminat.

Penyanyi itu didiagnosis dengan kanser limfoma yang dikenali sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit kanser.

 

Doktor mengesan kanser itu selepas Ari mengadu sakit perut melampau dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketumbuhan pada kelenjar limfanya.

Apa sebenarnya yang dikatakan sebagai kanser limfoma? Ia adalah sejenis kanser yang berkembang ketika sel darah putih limfosit membesar tanpa terkawal.

Menurut laman web Lymphoma-Action, kanser itu boleh berlaku ketika beberapa DNA di dalam limfosit mengalami mutasi sehingga pertumbuhan selnya menjadi tidak normal.

Dalam kebanyakan kes, mutasi DNA penyebab kanser itu tidak dapat diketahui namun ada beberapa faktor yang meningkatkan peluang seseorang terkena kanser limfoma.

 Pewarna

Kanser Limfoma

Limfoma adalah sejenis kanser yang berkembang ketika sel darah putih limfosit membesar tanpa terkawal.

1. Jangkitan bakteria helicobacter pylori

Sebahagian besar kanser limfoma adalah daripada jenis mucosa-associated lymphoid tissue (MALT) yang menyerang bahagian perut disebabkan komplikasi jangkitan bakteria helicobacter pylori.

Bakteria ini secara amnya mencetuskan penyakit ulser dan gangguan pencernaan. Tapi perlu diingat bahawa tidak semua penderita yang dijangkiti helicobacter pylori terkena kanser itu.

Sebaliknya apabila kanser limfoma disebabkan jangkitan bakteria itu, penderita boleh sembuh selepas menjalani rawatan.

2. Jangkitan virus dan bakteria lain

Selain helicobacter pylori, jangkitan virus dan bakteria lain dapat meningkatkan peluang seseorang terkena kanser limfoma dan ia boleh menyerang sel limfosit dan memicu mutasi DNA sehingga sel yang normal berubah menjadi barah.

Selain itu, jangkitan virus dan bakteria juga boleh menyebabkan sistem ketahanan tubuh menjadi terlalu aktif. Keadaan ini membuatkan limfosit terus berkembang, menyebabkan perubahan DNA dan memicu kanser.

Beberapa virus yang dapat meningkatkan risiko kanser limfoma di antaranya adalah epstein-barr, hepatitis C, human t-lymphotropic virus tipe 1 (HTLV-1), human herpes virus 8 (HHV-8), dan efusi primer.

Manakala bakteria yang dikaitkan dengan kanser itu pula adalah Chlamydia psittaci, Campylobacter jejuni, dan Borrelia burgdorferi.

Warna Rambut

Bahan kimia pada pewarna rambut juga boleh meningkatkan risiko kanser itu.

3. Paparan terhadap bahan kimia

Paparan terhadap bahan kimia seperti pestisida, herbisida dapat meningkatkan risiko kanser itu. Selain itu, orang yang sering terdedah kepada bahan kimia daripada pewarna rambut juga berisiko.

4. Keradangan pada implan payudara

Kesan sampingan sebahagian besar implan payudara juga boleh menjadi penyebab kanser limfoma. Meskipun ia berkembang di bahagian payudara, jenis kanser limfoma ini bukanlah barah payudara.

Ia biasanya dialami oleh mereka yang mengalami keradangan pada implan yang dimasukkan ke dalam payudara.

5. Sejarah keluarga

Kanser limfoma tidak diturunkan daripada orang tua kepada anak-anak. Namun mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menderita kanser itu memiliki risiko lebih tinggi mendapat barah sama.

Sejarah keluarga ini mempengaruhi perubahan genetik atau mutasi DNA pada sistem ketahanan tubuh pesakit.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/09/11/awas-pewarna-rambut-keradangan-implan-payudara-antara-punca-kanser-limfoma

BACA: 70 wanita umum kahwini pokok