“Haruan makan anak, satu hari aku tebalkan muka, aku luah kat mak apa bapak dah buat kat aku, respon mak buat aku kecewa”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aku Siti Berumur 26 tahun, sudah berkahwin tahun lepas dan aku orang di satu kawasan xxx xxx.

Aku hadir untuk berkongsi sesuatu rentetan kisah Aqish (Adik Balqis, Pelakon cilik) yang tengah hangat diperkatakan saat ini.

Rata rata murah dengan pendapat masing,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

"Haruan makan anak, satu hari aku tebalkan muka, aku luah kat mak apa bapak dah buat kat aku, respon mak buat aku kecewa"

Hampa tak kesian ka.. tak ada langsung rasa belas kasihan, empati dalam diri masing masing komen macam dia tak layak dapat pengadilan.

Memang aku sebak baca komen, aku sendiri yang rasa trigerred. Kenapa perlu menghukum. Jika benar itu yang berlaku kenapa kita tak boleh bagi sokongan untuk dia, doa yang baik baik.

KISAH AKU

14 tahun yang lepas, aku juga adalah mngsa jnayah s3ksual seorang bapa kandung sendiri. Bapak aku umur 60 tahun lebih dah tak silap.

Masa aku sekolah rendah, bapak aku seorang yang garang tau. Senang cerita bengis. Apa sikit cepat melenting, aku tak boleh buat apa-apa silap sikit. Makan penampar tu dah selalu sangat

Tapi yalah dulu dulu kan ibubapa kata nak mengajar anak jadi manusia. Aku ni membesar pun dengan suasana yang takut takut je.

Korang bayangkan lah. Aku nak tengok tv aku pastikan bapak aku ke pekan dulu, baru aku bukak tv. Volume aku bukak perlahan ja tau bawah 10.

Bila dekat waktu dia nak balik, aku tekan 0 terus volume sebab bapak aku nak tutup TV memang dia tekan 0. Jadi kononnya aku taknak dia tahu aku bukak TV.

Aku nampak ja dari jauh motor bapak aku, tutup terus kadang lewat sedar kan. Lepas tutup terus merangkak masuk bilik sebab ruang tamu rumah aku tu ada bata lubang lubang tu dekat tengah tengah dinding.

Aku takut dia nampak aku dekat ruang tamu. So nama pun aku takut kan, semua benda aku takut la walaupun kelihatan tak logik.

Sehinggalah aku darjah 6 bapak aku dah kurang bengis dia. Cuma aku perasan ooo bapak aku mungkin faktor tua jadi dia dah berubah. Cuma seperkara lagi aku tak tahulah kalau perubahan dia tu bermotif atau macam mana.

Tapi memang orang kampung kenal dia sebaik baik manusia. Dia bukan ustaz, ketua kampung. Cuma dia ni seakan dikenali dan dihormati.

Dia sangat peramah dengan cikgu cikgu aku, dengan polis polis di daerah. Aku rasa la kalau sapa sapa sebut nama dia, semua orang kenal kot..

Sebab dia memang orang lama dekat situ, hari hari pi pekan. Rumah aku ni boleh dikatakan sedia ada orang mai duduk menyembang. Tak kira apa parti politik, semua dia boleh ngam

Selalu jugak la kenalan kenalan polis bapak aku mai dengan family makan makan dekat rumah, bapak aku ajak. Terutama bila musim buah. Jadi baikkan bapak aku?

Untuk orang orang kampung pulak, mereka kenal dia ni serba tahu (agama), selalu cakap pasal hukum. Dan orang kenal bapak aku ni kelolo, pandai melawak.

Pernah la depan aku dan mak aku dia peluk tonyoh tonyoh jiran wanita aku tu. Konon macam melawak la cara, perkara tu tak memang lah tak baik dan berdosa besar.

Mak aku pun dah lali agaknya, nak tegur bukannya tak tahu agama.

Aku tau korang semua pun mesti terfikir macam mana aku boleh anggap benda ni macam biasa.

Mungkin aku dibesarkan dalam personaliti bapak aku macam tu, jadi aku taksedar benda tu isu yang besar sebenarny. Tapi apa aku boleh buat? Aku kan takut dengan dia.

Dorang pun macam tak kisah sebab tahu bapak aku ni “kelolo /loq laq”, susah pulak aku nk cerita. Korang bayangkanlah sekadar mampu kisah hidup aku ni.

Masa aku kecik kecik dulu dalam 6 bulan – 12 bulan aku kuat nangis jadi mak aku akan bawak lari duk dalam pokok getah belakang rumah, mak aku sekali nangis nangis.

Mak aku cerita, kalau mak aku tak selamatkan aku, aku ni dah kena hempuk. Bapak aku baran ya.

Jiran wanita yang aku cerita tadi pun penyelamat jugak. Dah besar sikit, aku lari la sendiri duk rumah jiran aku tu huhu.

Dia kata bapak hang tu bapak rimau (seloroh), tapi sebelum lari tu of course la aku kena dulu penampar bertalu talu sampai terkencing,

Mak aku la selalu jadi benteng halang “nak bnuh anak ka nak mengajaq mak aku cakap”, pastu mak aku suruh lari

Jadi kalau zaman sekarang ni assume sebagai apa eh, mesti penderaan fizikal/p3nderaan kanak kanak kan?

Tapi tak untuk zaman aku tu, 90-an. Orang kata ni cara mengajar anak.

Ya Allah aku nak cerita pasal jnayah s3ksual yang aku alami kan. Dah terlajak ni saja la aku intro sikit bapak aku punya personaliti.

Okay balik pada cerita, perubahan yang aku nampak dia macam semakin toleransi dengan aku. Kelolo/loaqlaq tu macam semakin menjadi pulak dekat aku

Waktu ni aku 12 tahun tau umur. Dia berani melawak dengan aku pulak, depan mak aku pulak tu. Bersungguh sungguh dia nak pegang aku punya kemalvan.

Dan aku tolak tolak, dia gelak gelak. Mak aku pun ingat benda tu macam melawak sebab personaliti dia yang macam tu.

Aku tak suka (dalam hati hanya Allah ja yang tau aku nak berontak) tapi tak dapat nak zahirkan dengan kata kata atau tengking bapak aku. Faham tak aku takut dengan dia, trauma mungkin?

Sehinggalah makin aku hampir nak exam UPSR, aku nampak bapak aku ni sangat berusaha untuk aku. Buat air tawar dengan pengamal perubatan, baca baca dekat alat tulis aku, buat dekat coklat.

Aku rasa ni macam normal kot untuk zaman aku tu? niat macam nak lancarkan urusan aku.

Entahlah ni dulu, sekarang ni aku tak berminat langsung dah pengamal pengamal perubatan ni sebab aku rasa dah tak relevan. Maafkan aku kalau ada yang terguris sebab aku ada kisah aku.

Pengamal perubatan waktu tu orang panggil bomoh kot. Tapi yang aku pi tu orang panggil Wak, nama dah tak ingat.

So bapak aku nak aku berjaya kan? tup tup satu hari bapak aku panggil aku,

Maafkan aku part ni aku dah tak ingat conversation penuh.

Yang pasti bapak aku bagitau kata nak buat baca doa doa dekat aku jugak supaya nanti aku jawab exam UPSR dengan tenang, kira macam lapangkan dada lah.

Bapak aku mintak izin dekat aku, mintak izin okay. Macam pengamal perubatan mintak izin bila nak sentuh berlainan jantina.

Aku kena tidur dalam bilik, pakai baju biasa or berkemban kain batik (wallahualam aku tak ingat, sumpah). Jadi aku ikut cakap dia.

Bapak sendiri kan? sebab aku tak rasa apa yang salah

Masa ni la dia buat baca baca. Time ni pun aku tak ingat dia ada sentuh tak alat sulit aku. Tak silap aku macam baca doa sekali lalu, buang tangan lalu melurus atas badan.

Still tak rasa apa yang salah kan? yang pasti benda ni tak patut pun berlaku sebab langsung tak relevan, kena baring atas katil dalam bilik?

Wak tu buat doa bagi aku duduk baca haritu. Dan sebenarnya bapak aku buat ni masa mak aku tak ada dekat rumah tau, dia pi menoreh getah.

Bapak aku? dia dah tak menoreh dah, sebab tubuh badan dia dah tak larat, kejap pening kepala.

Kemudian ini tak terhenti ya, makin hari ada kisah lain. Dia macam makin berani dan tangan dia makin ringan nak sentuh aku.

Ni aku cerita random ya, susunan kejadian yang berlaku tu dah tak ingat mana dulu. Yang pasti benda ni pernah berlaku masa aku umur 12 dan 13 tahun.

Dan ajaib dia dah tak pernah marah marah aku, baik ja dia layan aku. Bapak aku pasang lagu tani ka, dangdut ka. bollywood. Dekat TV, dia panggil aku join la tengok…

Biasala mungkin dia nak buat anak ni sebagai kawan dia.. sebab masa aku kecik kecik dia tak layan aku baik baik.

Suatu pagi tu macam biasa mak aku pi menoreh. Aku hari hari terperap dalam bilik je la tempat aku.

Pernah dia mintak aku urut sulit dia sebab Wak (taktaulah lah wak tu durjana mana), bagitau suruh anak dara urut alat sulit dia guna minyak yang wak bagi tu untuk apa ntah.

Aku ni kan mampu menyumpah dalam hati saja, rasa hina sangat diri aku. Macam mana aku nak berlagak suci aku tak kenal alat sulit lelaki sedangkan aku dah pernah tengok bapak aku suruh urut, rupanya untuk nfsu dia.

Aku ni mulut terkunci. Nak menolak takut, mak aku bukan ada dekat rumah. Dalam hati je la menyumpah.

Kemudian, ada satu pagi tu macam biasa mak aku pi menoreh, dia panggil aku cakap nak bukak satu video.

Aku ni kan ingat macam selalu dia nak bukak video lagu bollywood ka, dangdut ka, Nana tanjung ka, Anak mami ka maklumlah bapak aku tengah giila TV, rumah aku darjah 6 baru aku merasa ada TV.

So dia panggil duduk atas kerusi sebelah dia, rupanya dia bukak ‘video dewasa’. Dia kata dapat dari kawan dia. Aku rasa dia sebut nama kawan dia yang bagi, aku pun tak sangka sebab orang ni orang masjid jugak.

Korang jangan lah kecam aku kenapa tengok, kenapa tak bersuara. Faham tak aku ni hidup ketakutan. Pendam rasa dalam hati benci tu yang membuak buak,

Nak bagitau mak malu dan takut. Nak kata NO aku sangat takut dekat bapak aku.

So dia bukak ‘video dewasa’ dekat TV, suruh aku tengok, nanti boleh belajar buat dekat laki(suami). Dan tahu apa dia suruh aku pegang sulit dia.

Apa yang berlaku ni aku memang tak cerita dekat mak aku dulu. Tolong faham tekanan yang aku lalui, cuma mampu memberontak dalam hati

Selepas pada tu of course ada bermacam macam kejadian lain. Dia dah berani ajak aku ke bilik dia (dekat ruang tamu (cuma terhadang dengan almari TV).

Dia kata nak ajar aku cara layan suami nanti. Walhal waktu tu aku baru umur 12 atau 13 tahun dia start ajar aku cara dan sebagainya,

Moga Allah Ampunkan aku sebab aku tak melawan dan fight hak aku. Taktau la macam mana aku ikut ja cakap dia tanpa bantahan walhal hati aku sangat memberontak dan membuak buak rasa benci.

Tak silap dia pernah ajar cara untuk diamkan sesorang saat kita nak berhujah, guna ayat Al-Quran jugak.

Dan bapak aku ni tak kosong, kalau dak takkan la aku mampu ikut ja semudah tu.

Paling penting lama aku pendam tak bagitau mak aku. Hadap ja sornag sorang. Takpasti jugak aku ni dah didiamkan atau aku waras ja.

Satu hari, dia ada ajak aku pi ke kebun getah kami, dia bagitau dah dari rumah nak perturun ilmu dekat hang. Dia mimpi sapa ntah tok bla bla aku tak ingat (bapak aku boleh berubat orang sakit mulut dan lain),

So aku taktau la dia nak bagi yang dia maksudnya tu apa dan macam mana yang aku ingat dia kata kena bagi ilmu melalui pernafasan dan ada la ayat yang dia ajar aku.

Setahu aku dia duk berubat orang tu guna bacaan ayat Quran ja, Dan bukannya ilmu berubat tu ilmu keturunan, memang dia belajar sendiri ja.

Tak silap aku dah jawab “takpa pak, ceq tak minat nak berubat orang”.

Dia memang nak bagi jugak kot. So memberontak dalam hati ja la, aku terpaksa ikut. Dan ya dia lepas ilmu dia tu (konon) melalui pernafasan dia,

Aku ikut arahan dia kami berdiri rapat, bertembung muka. Aku kena baca ayat yang dia suruh aku hafal tu. Dan masa dia hembus tu aku kena sedut nafas dia.

Ni ja la yang aku ingat sedikit kejadian hari tu. Pelik kan? Entah.. Aku pun rasa pelik, tapi tak mampu kata apa apa

Kejadian lain? Secara tak langsung pagi pagi mak aku tak ada ja dia akan masuk ke bilik aku.

Mula yang kejadian dekat ruang tamu tu dia nak ajar saja. Lama kelamaan dia dah masuk bilik aku sebelum dia masuk dia bagi arahan untuk berkemban, nanti dia masuk lepas minum pagi.

Dia akan buat apa yang dia nak buat dekat aku. Luar saja katanya, dia takmau masukkan lagi katanya dara nipis nanti terkoyak. Umur 18 nanti boleh la dia kata (whattttt) atau sebenarnya dia takut rahsia dia terbongkar

Diaa pesan tau jangan tunjuk bahagian sulit dekat mak aku, sebab dia kata nanti ada tanda lebam? Jadi mak aku boleh tau?

Setiap kali tu dia pesan berkali kali jangan bagitau mak aku, nanti boleh cerrai. Biar pecah di perut jangan pecah dimulut, ni aku sangat sangat ingat.

Aku taktau la kenapa la takut sangat nak bersuara, mungkin trauma zaman aku kena pkul selalu tu. Aku memang takut sungguh sungguh dengan bapak aku. Nak bagitau mak aku tak tahu nak cakap macam mana.

Sampailah cuti sekolah panjang tu, masa ni dah ting.1 kot. Kak aku bawak pi rumah dia dekat Penang.

Aku kenalkan dia sebagai kak A. Kak A ni ibu lain. Masa kecik aku rapat dengan dia sebab dia rajin bawak aku pi Penang kalau cuti sekolah.

Aku rasa selamat sebab kak aku ambik aku sebulan cuti sekolah. Satu hari tu aku tebalkan muka ambik peluang suatu malam tu, aku luah dekat dia apa yang bapak aku dah buat dekat aku ni.

Reaksi macam biasa dah tentu terkejut istighfar berkali kali.

Dia cerita abang ipar aku, abang ipar aku pun menangis. Jadi aku rasa selamat sangat duk dengan dorang, hatta abang ipar aku tak pernah sentuh aku, sangat sangat menjaga aku.

Tapi.. dipendekkan cerita sebenarnya tak ada tindakan lain pun dari dorang.

Cuma kak aku pesan suruh aku berani kan diri bagitau bapak aku sendiri benda tu haram dan berdosa besar. Ni ja dia ajar aku.

Dia cerita kak aku yang no 3 pun hampir kena tapi melawan dengan pisau kot, jadi bapak aku takberani. Aku tak pernah tahu pun sebelum tu.

Maka, hubungan kak dengan bapak aku pun makin longgar kalau tak silap aku. Dia pun jijik kalau baliik rumah nak tidur sini solat sini, abang ipar aku sanggup solat kat masjid dari dekat rumah aku ni.

Aku rasa benda ni berlalu setahun lebih jugak kot. Tingkatan dua aku mohon untuk masuk asrama, beria nak masuk asrama padahal rumah dekat ja dengan asrama.

Ni ja salah satu cara nak elak, rasanya mungkin kak A aku ada nasihat kot suruh duk asrama. Wallahualam memang dah tak ingat.

Alhamdulillah aku dapat asrama. Satu malam tu entah macam mana kebetulan aku tergagau sesuatu bawah meja, macam pamplet berkenaan jenayah s3ksual. ada logo polis.

So aku baca la ada part yang aku tertarik jika ada seseorang dewasa yang mengajak anda melakukan s3ksual untuk tujuan perubatan itu adalah sejenis pembohongan, lebih kurang la pointnya.

Fikir punya fikir macam mana la aku nak hentikan semua ni. Nak bagitau bapak aku, aku takut. Nak bagitau orang lain.. Sapa yang aku boleh percaya?

Bukan senang tau malu. Mesti orang tanya apa bapak aku buat macam mana, korang expect apa aku baru masuk alam remaja nak cerita tentang sentuhan s3ksual yang dia buat dekat aku.

Aku duk asrama pun tak silap aku kalau hari aku balik 2 minggu sekali tu ada la aktiviti dia masuk bilik aku.

So aku ting 2 tu dah cerdik sikit dah, dah faham apa yang berlaku. Masa ni la jiwa aku rasa makin tersiksa, rasa hinanya sebab tak mampu jaga maruah diri sendiri untuk suami nanti.

Aku tertekan yang amat sangat, tapi personaliti aku mampu tutup semua tu sebab luaran aku sangat happy go lucky. Sangat ceria sampai orang kata hang ni macam tak ada masalah..

Yalah aku ni fikir macam mana masa depan aku kalau aku cerita, aku nak selamatkan diri aku of course aku kena cerita.

Tapi dekat sapa lagi? Nak cerita dekat mak aku sumpah malu. Kak aku pun tak mampu buat apa apa, sebab dia pun malu?

Of course malu. Bapak aku semua orang kenal. Jadi apa yang aku ingat, satu hari tu masa bapak aku nak teruskan aktiviti dia tu, aku cakap lembut ja.. “pak.. ceq dah takmau”

BACA: Netanyahu bukan lagi seseorang yang boleh diajak berbincang. Kami telah memutuskan hubungan dengannya – Erdogan