Hartal Doktor Kontrak dapat sambutan, Polis buka kertas siasatan

Hartal Doktor Kontrak dapat sambutan, Polis buka kertas siasatan.Polis akan membuka kertas siasatan berhubung gerakan Hartal Doktor Kontrak susulan mengadakan perhimpunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam tempoh PKP tiada siapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam sebarang perhimpunan.

“Kita akan buka kertas siasatan kerana dalam tempoh PKP tiada sesiapapun dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa jua perhimpunan di mana-mana tempat bagi apa jua maksud.

 Doktor

“Sama ada keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah kesihatan sepertimana yang terkandung di bawah Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja di seluruh negara tepat pukul 11 pagi Isnin.

Himpunan itu dibuat sebagai bantahan kerana tuntutan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hartal-doktor-kontrak-polis-buka-kertas-siasatan-310438

Jika Terlepas: Sidang Khas : Polis pantau persekitaran Parlimen