Harga telur ayam naik…

Oleh MHDAILY

Harga telur ayam naik….Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan harga telur ayam meningkat kira-kira tiga peratus.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata berikutan itu, siasatan akan dilakukan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, pihak kementerian menerima laporan mengenai kenaikan harga bahan mentah itu, kelmarin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana banyak ladang ternakan ayam ditutup berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Harga

Katanya, keadaan itu menyebabkan penawaran berkurangan manakala permintaan terhadap bahan berkenaan meningkat.

“Saya dimaklumkan bahawa telur ayam akan ada kenaikan harga kerana difahamkan banyak ladang ladang ayam ini, kini tidak beroperasi.

“Walaupun ada kenaikan, kita akan pantau kenaikan ini sebab dua tiga hari lalu, kita dapat mesej daripada sahabat mengatakan bahawa akan ada kenaikan harga.

“Malah, ia turut diakui pengeluar telur ayam bahawa ada kenaikan harga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan pemeriksaan harga barangan di Tunas Manja Mall, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Aris Mamat.

Rosol berkata, pihaknya memahami situasi yang terpaksa ditanggung peniaga terbabit, namun tindakan tegas akan diambil jika harga dinaikkan tidak munasabah.

Katanya, sebagai contoh harga telur di pasar raya Tunas Manja Mall, dua hari lalu, bagi gred A ialah RM12 sepapan kini RM13.10, gred B RM10.80 (RM11.90) dan gred C RM10 (RM11.30).

Dalam pada itu, beliau berkata, bekalan barangan keperluan menjelang Aidiladha adalah mencukupi, kecuali tepung gandum bersubsidi.

Malah, katanya, pemantauan turut dijalankan di pasar raya dan premis dengan kekuatan 2,263 pengawai penguatkuasaan kementerian di seluruh negara.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/840279/telur-ayam-akan-naik-harga

Jika terlepas: Panas !!! Caprice bakal dedah perangai sebenar Ebit Lew di Gaza