Harga pakej tunai umrah pasca Covid-19 naik sekali ganda

Oleh MHDAILY

Pakej menunaikan umrah pasca COVID-19 dijangka meningkat sekali ganda berikutan pelbagai syarat tambahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi termasuk insurans sebagai langkah keselamatan menghadapi wabak itu.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata perkara itu tidak dapat dielakkan kerana pengusaha terpaksa mematuhi peraturan baharu ditetapkan berkaitan penjarakan fizikal dan bayaran untuk ujian saringan dan kuarantin.

Katanya, sebelum pandemik harga pakej biasa ditawarkan pada kadar RM5,800 tetapi pasca COVID-19 harga kini mencecah RM10,800.

Baca Artikel Penuh